Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA PELINDUNG SEORANG PUTERI ( ASTRO RIA )

July 29, 2020

Pelindung Seorang Puteri

Drama Adaptasi novel 'Pelindung Seorang Puteri' karya Mia Kiff di slot MegaDrama Astro Ria. Menemukan kembali gandingan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Yusry Abdul Halim. Pelindung Seorang Puteri bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).


JUDUL : PELINDUNG SEORANG PUTERI 

EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson

WATAK PELAKON  

Lisa Surihani sebagai Rose
Farid Kamil sebagai Saiful (Epul)
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril
Zain Hamid sebagai Firdaus (Fido)
Nadiyah Shahab sebagai Nurul
Haleeda Mazlin sebagai Mak Dak Liza (Mak Saiful)
Arash Mohd sebagai Mustapha (Suami Mak Dak)
Jasmine Suraya sebagai Bainun
Haris Ismail sebagai Alif (Abang Rose)
Wan Nor Azlin sebagai Hayati (Mak Rose)
Hafidzuddin Fazil sebagai Kamaruddin (Ayah Rose)
Norreen Iman sebagai Muna
Asyiqin Zaed sebagai Aziani
Juliana Evans sebagai Laila
Faez Nick sebagai Halim

LAGU TEMA / OST

Terlanjur Cinta -- Hael Husaini & Cakra Khan

SINOPSIS PELINDUNG SEORANG PUTERI

Mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

SINOPSIS NOVEL PELINDUNG SEORANG PUTERI

Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.

Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.

Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?

Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Pelindung Seorang Puteri

Pelakon Pelindung Seorang Puteri


Farid Kamil & Lisa Surihani

SUMBER : SINI 

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Teringat masa diorang berlakon cerita yang kena kahwin paksa tu, apa tah tajuknya, tak ingat hehe

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^