Kerajaan Baru sahaja melancarkan Inisiatif subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan dalam #belanjawan2020 baru-baru ini. kolongan sasaran adalah yang berpendapatan rendah dan tergolong dalam kumpulan B40. Berikut saya kongsikan maklumat lanjut berkaitan Program Subsidi Petrol (PSP) seta maklumat lanjut yang berkaitan.
SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020
Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.
Namun penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.
Manakala bagi motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.
Program ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.
Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut dikongsikan syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) ini.
- Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
- Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
- Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:
- Kereta ≤ 1,600cc
- Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
- Motosikal ≤ 150cc
- Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun
- Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.
**Buat masa sekarang bantuan ini terhad untuk penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.
Mengikut kenyataan KPDNHEP, kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel.
Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.
Namun, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.
Melalui skim ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.
Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP bertujuan bagi menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.
SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020
Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.
Namun penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.
Manakala bagi motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.
Program ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.
Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober 2019.
Mengikut kenyataan KPDNHEP, kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin yang besar dan menggunakan diesel.
Oleh itu, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.
Namun, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.
MANUAL SEMAKAN PSP 2020
Untuk semak status kelayakan subsidi petrol ini, anda hanya perlu layari portal rasmi PSP di sini.
Kemudian klik pada butang “Checkbox” seterusnya masukkan nombor MyKad dan klik pada butang “Semak”.
Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:
PERMOHONAN RAYUAN
Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:
KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.
Sekian, Untuk Makluman bersama :)