Logo KBBA

CANTIKNYA VIEW DI HOMESTAY KAMPUNG AGONG, PENAGA

August 03, 2020



Selamat Pagi

Dah lama idam nak pergi melawat Homestay Kampung Agong, Penaga, Pulau Pinang. Seminggu sebelum Raya Haji baru-baru ini berkesempatan juga lah kami sekeluarga ke sana. Lepas jer tengok gambar viral yang orang bagitau kata cantik macam dekat 'Bali" ternyata memang betul lah wehh! Cantik View di Kampung Agong ini.Dah tak perlu ke Bali hehehe...dekat Malaysia pun boleh dapat view cantik-cantik.

Macam mana nak ke sana? aku pun main terjah je..boleh Waze "Homestay Kampung Agong, Penaga". Jalan masuk kampung jer..mudah nak cari. Ari tu kitaorang bergerak dari Perlis Jam 10 Pagi dan sampai lebih kurang 12.30 tengah hari ( 2 jam setengah ) . Husband turun Tol Bertam jadi tak jauh dah nak ke penaga tak silap aku lebih kurang 20 KM je... berhenti makan breakfast berat siap2 hahaha. So, dapat lah berlama-lama kat dalam tue. Itu pun tak habis bergambar sebab dah penat berjalan + kesian baby #keishairdina dah mengantok hahaha.




Harga Tiket Masuk? Dewasa RM8 dan Kanak-kanak RM5. Macam biasa kena Patuhi SOP yang di tetapkan, pakai Mask dan jaga Jarak. Orang memang ramai tetapi kawasan dia luas dan tak adelah sampai bersesak-sesak. 

Aktiviti Menarik di sini? Boleh beristirehat dekat pondok-pondok yang cantik, nak berkelah pun boleh, nak lepak-lepak santai sambil minum air kelapa pun boleh...Ada gerai jualan makanan ringan & juga minuman.Ada Ais Krim Malaysia...Nak berbasikal dan menghirup angin segar sambil menikmati suasana Desa yang indah pun boleh...Menarik kan! Tapi dah alang-alang sampai ambil la sekeping dua gambar buat kenangan hehe..sebab walaupun kita bukan jurufoto Profesional pun gambar korang still nampak meletopss  dengan view yang cantik di Homestay Kampung Agong nie tau hahaha

Parking ? murah je RM2 Per Entry . Tiket masuk dan parking semua En. Husband yang sponser hahaha...ohh ya jangan risau bab parking kawasanya luas jadi parking pun tak susah. ada orang yang akan jaga simpang masuk ke Homestay Kampung Agong, penaga nie. 

Okay nie aku share bebarapa lokasi yang sempat kami abadikan dalam gambar. Insyallah One Day nak terjah sekali lagi tawaf bagi habiss.Tak habiss wehh jalan malasss hahaha..dan paling best kebetulan time kami pergi ni padi sedang menguning  menunggu untuk di kerat. so, view dia extra lawaaaa.....giteww!




















Me With My Family 
( En.Husband, Kaisara, Kaliff & keisha )

Gambar banyak wehh! saja nak upload semua di sini
untuk tatapan di masa hadapan











































Aku bagi tips sikit untuk yang first time nak ke sini:

1. Bawa lah kamera canggih sikit klu ada..klu xda phone pun bole je. Jangan lupa cas bagi penuh + bawa power bank. Rugi oiitt klu tengah-tengah bergambar bateri abis ( macam kes aku kahkahkah )

2. Jangan pergi sorang-sorang, sapa nak ambik gambar kau nanti! bawa kawan, teman tapi mesra, partner in crime, bff, boyfriends , girlsfrends, anak-anak ( Mak pak pun nak bergambar juga tau lol )( seb baik aku bawa anak yang dah besar, kaisara jadi mangsa haha)

3. Kena Extra "SABAR" sebab orang ramai nak ambik view cantik-cantik kena beratur, ikut "que" jgn potong barisan! Rakyat Malaysia kan behave hehe

4. Ambik gambar semua tempat menarik! nanti balik tidak lah gigit jari...alaaa lupa lah nak ke sini..sini..sini huhuhu

5. Makan dan minum sebelum sampai siap-siap...tidak mood nak bergambar spoil sebab "Lapar" nanti..


So, boleh la enjoy the best Moment di Homestay Kampung Agong, Penaga, Pulau Pinang


Lokasi:
 
Homestay Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga,Pulau Pinang
 
Waktu operasi :
 
9 pg hingga 7 ptg!
 
Maklumat Lanjut:
 

You Might Also Like

8 pesanan ditinggalkan

  1. Cantiknya, teringin lak nak g.

    ReplyDelete
  2. serius lawa. un ni balik kg ada bendang pun lupa nak snap gambar dkat bendang..itulah mansuia, benda depan mata tak hargai ehheh

    ReplyDelete
  3. wahhhj bestnya....view cantik suasana kampung..mmasuk pun murah..nak try lah nanti

    ReplyDelete
  4. bestnya, cantik view, dan sangat banyak tempat bergambar!

    ReplyDelete
  5. Cntik sgt tempat dia.. Haishh.. Mkin bnyak tempat menarik kat pennag

    ReplyDelete
  6. Cantik tempat dia. Viral dah temlat ni kan

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya view... kalau ada kesempatan nnt nak ke sana laaaa

    ReplyDelete
  8. kampung tu dekat je dengan rumah mak saya.. tapi sampai skrg x pernah singgah..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^