Beberapa hari sebelum raya ari tue husband aku decide nak pasangkan aircond dekat hall. Dengan keadaan cuaca sekarang rumah aku time tenghari je memang panas dan berbahang. Kadang-kadang waktu malam pun berkuap je rasa. Nak tengok tv pun xde mood. Kitaorang anak beranak lepakk dalam bilik je. Sebab dalam bilik ada aircond.... alhamdulillah dalam bilik kami aircond dh lebih 6tahun .Aircond jenama PENSONIC teringat plak time pasang dulu pun tergesa-gesa lepas pindah rumah sewa baru..Rumah tue semua tingkap rosak xboleh buka. 3hari masuk rumah sewa tu terus pasang aircond sebab xboleh duduk panas. Pengudaraan rumah sewa tu x berapa bagus. Now aircond dalam bilik ini masih okay..dah 3kali juga buka dan pasang...sebab pindah-pindah rumah pun aircond ini masih ok. Alhamdulillah walaupun jenama biasa-biasa sahaja.
Benda pertama yang kami servey ofcoz lah harganya dan nak pasang berapa HP yang sesuai? Dah lama sebenarnya dok berkira nk pasang aircond kedua NIE . yelahh banyak faktor kena ambil kira. Memula ingt nk pasang dalam bilik anak-anak jer...tp MCM banyak masa skrg anak-anak habis di ruang tamu. Duduk dalam bilik pun cuma cuntuk tido je kn...so pikir - pikir akhirnya..kami setuju pasang dekat ruang tamu je dulu. Insyallah ada rezeki lebih nanti boleh pasang juga sebiji lagi dekat bilik anak-anak.
Ruang tamu rumah aku ni hall kecik je
20 x 10 jadi bila contact kedai aircond diaorg suggest pasang 1.5hp je. Kami decide pasang jenama ACSON. Moto dia senyap dan cepat sejuk. Dan yang paling mudahnya masa kami buat rumah ini dulu memang port aircond dah siap wayering dari awal-awal. Jadi Cost untuk pemasangan xperlu extra tambahan . Total upah pasang "back to back" RM1500.00 sahaja. Terima kasih encik. Husband pelan-pelan tambah aksesori rumah hehehe.
Lega sekarang bila tengahari je dah tak bimbang lagi nk duduk ruang tamu sambil menonton tv. Musim-musim pkpb plak Sekrang ni anak-anak aku 24j sehari di rumah je... Kesian dekat diaorang juga. Now, nebes menanti bil elektrik jer hahaha🤣 (harap-harap tak melambung sangat)