Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 cawan santan/ sedikit air
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
- Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya. Angkat. Ketepikan.
- Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih...Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan. ok siap!
Bahan Inti Kuih Ketayap
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
secubit garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
Cara Membuat Inti Ketayap
Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering....Sejukkan inti.
Selamat Mencuba