TAKLIMAT SOP PEMBUKAAN SEKOLAH ANAK

July 21, 2020


Selamat Pagi, Esok 22 Julai 2020 anak aku akan mula bersekolah semula selepas lebih 4 bulan cuti PKP akibat covid19. Jadi minggu lepas aku ambik kesempatan untuk hadir Taklimat SOP Pembukaan Sekolah memandangkan anak aku yang No dua ni baru darjah satu. Banyak benda yang dia belum faham sepenuhnya... Jadi ini inisiatif aku untuk ambil tahu lebih sedikit bab sekolah anak.Aku kongsikan sedikit di sini. Untuk Kakaknya Dah Darjah tiga tak de lah aku binbang sangat. Dah bijak dan faham dengan New Norma yang bakal diaorang jalani di sekolah nanti
Apa yang Perlu Semasa Pembukaan Semula sekolah? SOP apa yang di tekankan? New Norma dalam kita menjalani kehidupan harian selepas PKP ini akan terus di praktikkan di peringkat sekolah juga. Jadi untuk sekolah anak aku, ada 5 item yang perlu dan WAJIB parents sediakan .

5 ITEM WAJIB BAWA SETIAP HARI
  1. Hand Sanitizer
  2. Mask
  3. Sudu & Garfu
  4. Tisu Basah
  5. kad Rekod Imbas Suhu
**item ini tertakluk kepada pihak sekolah masing-masing. List ini aku share untuk sekolah anak aku...dan untuk kenangan aku di masa hadapan.

Selain item yang wajib di bawa setiap hari, setiap pagi pihak sekolah akan scan suhu anak-anak sebelum masuk ke kelas. Kantin sekolah tidak akan di buka. Murid-murid di galakkan membawa bekal dari rumah. Walaubagaimanapun , makanan berbungkus tidak di benarkan. Jadi Parents yang tak sempat nak memasak boleh je beli dari kedai tapi kena pindahkan sesiap ke dalam bekas makanan/bekal anak.

Pihak sekolah juga akan mengambil oder setiap hari bagi yang nak membeli dari kantin sekolah dan makanan akan di hantar ke dalam kelas setiap kali waktu rehat. Siapa yang ambil ODER? tentulah cikgu-cikgu . Terima kasih cikgu extra job yang cikgu-cikgu akan buat demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak. aku salute weh inisiatif yang pihak sekolah buat. aku sendiri juga dok terfikir macam mana lah anak aku nak makan nanti tambah-tambah yang darjah satu ini.

Lepas habis taklimat hari itu, kami di benarkan melwat kawasan sekolah dan melihat keadaan kelas yang sudah siap di susun meja masing-masing dengan tagging nama. laluan juga dan siap bertanda.




 

Jadi aku rasa sebagai parents tak perlulah bimbang akan keadaan anak-anak. kita cuma perlu  selalu bagi nasihat dan Beri bimbingan macam mana nak jaga Jarak, cuci tangan, pakai Mask dan cara pergaulan dengan rakan-rakan supa anak-anak tahu apa yang boleh dan tak boleh buat dalam menjalani New Norma. Harapan aku agar kita sebagai ibu bapa mampu memberi kerjasama yang sebaiknya kepada pihak sekolah. Jangan pentingkan diri. anak kalau tak sihat tak perlulah hantar juga ke sekolah. Tak semua murid imun badannya kuat. 




You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^