Makan Durian Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling Kedah

July 15, 2020



Selamat pagi

Hai korang , nak story cerita 2 minggu lepas kami sekeluarga ke dusun untuk makan buah durian. Bukan dusun kami tapi dusun orang hihihi. Lokasinya di baling Kedah. Tempat ini memang open untuk orang ramai. Macam biasa unplanned punya kejadian... kita bergerak pagi tu cuma bawa pakaian jer untuk salin.  Memang sebelum ni plan nak makan durian di dusun area Perlis ni jer...tup tup sampai juga di baling, Kedah. Lokasi dusun ini  di  Dusun tok wak desa sentosa baling, kedah. Area jalan nak ke kolam air panas ulu lenggong.... mesti korang pernah dengar kan air panas Ulu Lenggong. dalam 100M je dari situ....

Kalau nak di ikutkan  sebelum ke dusun ini korang  kena booking dulu. Aku pendekan je lah story kali ini ehh... Bangun je pagi tu en.suami aku ajak cari dusun nak makan durian katanya...kami search punya search jumpa lah tempat ni dekat dalam Facebook. Tengok macam menarik terus Contact diaorang di sana. Nasib agak baik, Pak long yang jaga dusun tue Onz hajat kami nak ke sana... Kalau ikutkan pak long di dusun tok wak desa sentosa ni bila musim durian memang ramai orang datang jadi diaorang open sistem booking awal untuk lock tempat. Kalau tak booking tak boleh ah masuk sebab selalunnya memang full tambahan pula weekend. Tempat agak terhad tapi still boleh masuk ramai-ramai. Tak ada caj bayaran masuk cuma caj bayaran pakej makanan jer. Diaorang akan bagi pilihan, Contoh pakej yang di tawarkan adalah pakej makan buah-buahan atau pakej makan tengahari. Boleh je kalau korang nak pilih atau gabungkan kedua-dua pakej. Harga? Bergantung pada pakej yang korang pilih. Menu makanan tengahari dia pun menarik sgt! 

Macam aku pergi kali ini kami pilih pakej makan buah-buahan je. Sebab en.husband aku memang teringin nak makan buah di situ. Ala-ala makan buah di dusun sendiri giteww. Pakej ini termasuk sekali makan pulut durian. Diaorang sediakan pulut dan santan sekali. Sedapp! Buah durian pun fresh-fresh baru kutip agaknya.Pakej buah kali ini siap dengan Air Kopi Panas lagi ...

Masa aku pergi hari itu kami bertolak dari Perlis jam 9.30 pagi . Perjalanan makan masa lebih kurang 3jam setengah. Jadi kami tiba di dusun  dalam pukul 1 macam tu. kami Berhenti sekejap di RNR Gurun. Kitaorang bergerak tiga biji kereta juga... Abah aku dengan adik ikut sekali. Jadi lah our weekend picnic di dusun with my family hihi. Pergi ramai-ramai baru meriah...

Jom aku nak kongsikan gambar di bawah ini...simpan sini untuk tatapan next plan hahaha















insyallah next year nak reapet lg ke sini nanti...tunggu dakk kecik #keishairdina membesar dulu. alhamdulillah dia behave jer..sampai je sana terus tido mengantuk agaknya hahaha...see u soon Dusun Tok Wak Desa Sentosa!



You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Aduhai... durian!
    Nyaman sungguh akan santai-santai di situ!

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada sungai boleh mandi manda

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya makan kat dusn. Siap ade sungai lagi..

    ReplyDelete
  4. Best nya scenery makan durian. Dengan sungai segala.

    ReplyDelete
  5. berkelah sambil makan durian, lepas tu mandi sungai.. mmg family time mcm nie paling best

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^