RAYA MACAM DULU-DULU, HARI-HARI SENTIASA DI HATI | PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
March 09, 2026Assalamualaikum,

Salam Ramadan 1447H... Alhamdulilah dah masuk hampir ke pertengahan Ramadan tahun ini. Pejam celik Pejam Celik dah tak lama lagi Aidilfitri pun menjelma. Aidilfitri bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga lambang kemenangan, keinsafan dan pertemuan semula insan-insan tersayang. Seiring dengan persiapan menyambut Syawal yang semakin rancak—dari menghias rumah hingga menyediakan juadah istimewa—fikiran kita seringkali terbang mengimbau kenangan manis raya suatu ketika dahulu. Teringat kan kenangan Raya Macam dulu-dulu, tahun ini aku dan suami pilih untuk membawa anak-anak shopping raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. .
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada zaman dahulu terasa lebih sederhana namun penuh makna. Sumpah? rindu weiii...Kenangan bersalaman memohon maaf pada pagi raya, menerima duit raya yang disimpan rapi dalam sampul berwarna-warni, serta menziarahi sanak saudara dari rumah ke rumah merupakan momen yang sukar dilupakan. Walaupun masa berlalu dan suasana berubah mengikut arus kemodenan, semangat kebersamaan dan kasih sayang yang menjadi teras sambutan Aidilfitri tetap utuh dalam sanubari.
Menjelang raya yang akan datang ini, wajar untuk kita bukan sahaja membuat persiapan zahir, tetapi juga menyemarakkan kembali nilai dan nostalgia indah yang pernah mewarnai zaman raya dahulu.
.jpeg)
RAYA BERGAYA DENGAN KOLEKSI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI
Kalau dulu parents aku selalu bawa shopping raya di sini. Waktu itu terasa seronok sangat! Jadi aku nak mengembalikan Nostalgia lama supaya anak-anak aku juga dapat merasai nikmatnya raya seperti dulu-dulu
korang nak tahu tak, tahun ini Pusat Pakaian hari-hari ada mengeluarkan Koleksi Raya 2026 yang terbaru seiring dengan peredaran semasa. Baju design yang cantik-cantik dan murah pula tu! Untuk raya tahun ini aku bawa anak-anak untuk pilih baju raya di sini. Confirm raya kami Meriah dan bergaya dengan Pakaian Raya dari Hari-hari.
Pusat Pakaian Hari-hari semuanya ada di sini...! Pusat Pakaian Hari-Hari bukan lah sesuatuu yang asing bagi kita. Kini mempunyai lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia. Menawarkan Pakaian yang Murah dan berkualiti. Jadi tak perlu risau, semua keluarga boleh shopping Raya di Pusat pakaian Hari-Hari seluruh Malaysia. Kenapa nak berbelanja lebih kalau berbelanja di sini pun Lebih Berbaloi kan! Anak-anak seronok, Makayah pun gembira...Boleh cek outlet di setiap negeri di laman sesawang berikut okay: www.hari.com.my/locator
Masa Shopping di sini hari itu, aku sempatlah beli Kurta untuk suami & anak lelaki, Baju kurung untuk aku dan anak perempuan aku lagi 2 orang itu, aku beli juga songkok dan sampin. Bagi aku kualiti pakaian di sini sangat baik, jahitan kemas, design baju pun yang paling latest. Kalau nak beli Seluar Jeans, Baju Blouse dan baju kanak-kanak pun ada banyak pilihan juga.
![]() |
| Antara Koleksi Baju Raya 2026 Pusat Pakaian Hari-Hari |
![]() |
| Sesi pilih memilih baju idaman Hati untuk Aidilfitri Nanti |
![]() |
| Sampin corak yang terkini, murah dan berkualiti ( aku beli juga sampin disini untuk suami & anak lelaki) |
Bersempena dengan Jualan Eksklusif Perayaan Aidilfitri, Bermula 21 februari ini dengan Setiap pembelian RM120.00 PERCUMA Paket Raya manakala pembelian RM200.00 ke atas pula PERCUMA Woven Bag. Jom ramai-ramai Shopping Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari.
![]() |
| Sampul Raya PERCUMA di Pusat Pakaian Hari-Hari |
ohh yaa, sebelum terlupa terdapat juga Jualan Penghabisan Stok Baju Raya. Harga serendah RM5, RM10 & RM25. Nak jimat kan?Korang Belilah di sini
Jom tunggu apa lgi, Marilah shoping di Hari-hari :)
"Bila makin Dewasa baru kita sedar yang kita rindu bukan sahaja raya tetapi kenangan di dalamnya.. Raya macam dulu-dulu sederhana sahaja tapi Meriah"
Selamat Hari raya korang!

.jpeg)



.jpeg)




















