Persiapan Raya 2021

April 25, 2021

Salam ramadan ke 12

Alhamdulillah sekejap je Masa dah pun memasuki Hari ke 12 ramadan. Berjaya juga mengharuginya bersama-sama keluarga. Syukur Allah Panjangkan lagi usia untuk merasai nikmatnya ramadan. Walaupun dalam new Norma Yang baharu... Siapalah Kita untuk melawat takdir Allah. berlapang dada dengan semua yang terjadi. Kehidupan yang agak berbeza dari sebelum dunia di landa covid 19. Tahun ini kiranya tahun ke dua Kita laluinya. Berpuasa di bulan ramadan dengan covid 19 yang MASIH tidak reda...dengan tidak boleh rentas negeri sayunya rasa Hati....😔. Semoga semua ini cepat berlalu pergi.

BAJU RAYA

Saja aku nak share Hari ini dalam keadaan yang agak terhad ..nak kena pandai jaga diri dan patuhi SOP , AKU sekeluarga ambil pendekatan shopping Raya sebelum bulan puasa Hari ITU. Alhamdulillah dah settle 100% bab Baju Raya hehehe.  Actually nak elak dari ke tempat-tempat tumpuan orang ramai Nanti...walaupun plan nak Raya yang sederhana sahaja persiapan Raya tetap kami sediakan. Setahun sekali kan...nak juga anak-anak ada moment berhari Raya setiap tahun. Insyallah kenangan  ini yang Akan di bawa sampai mereka tua Nanti...anak-anak gembira Kita pun bahagian gitew.

Korang macam Mana dah beli ke Baju Raya?

KUIH RAYA DAN AKTIVITI MENGEMAS RUMAH

Selain Baju Raya, now dah boleh fokus sikit DEKAt kuih Raya dan kemas rumah hehe. Walaupun aktiviti kunjung mengunjung mungkin tiada tapi mood nak berhari Raya tu kena ada juga. Aku decide oder kuih Raya 4-5 jenis je serba sedikit. Nak buat sendiri tu macam Tak nampak jalan je...mekk keisha ni kan kasih kecik... takut x menang tangan Nanti ...hehehe so beli je. Setiap tahun KUIH RAYA favorite yang mesti ada Cornfleks Crunchy, KUIH sepit dan samperit. So far, dah lebih 5 jenis KUIH aku oder hehehe... Oder DEKAt kawan-kawan je..sambil MEMBELI sambil membantu kawan-kawan haa giteww...

Ok. Lastly part Kemas rumah je aku belum mula lagi...maybe next week... Minggu ke 3 ramadan Tak de pun plan nak kemas yang berat-berat. Maybe salin curtain..cuci sawang dan susun atur perabot sahaja kot...kebiasaannya aktiviti kemas MENGEMAS ini memang buat bersama-sama encik suami. Memgeratkan hubung hehe kena saling bantu membantu...

Sekian perkongsian persiapan Raya aku untuk tahun ini. Oh ya, menu Raya pun dah ada dalam planning tau. ..hahaha awal Tak persiapan kami 🤣. Doakan semoga Kita semua di lindungi dan sihat selalu. Plan lah persiapan Raya lebih awal agar semuanya berjalan lancar...walaupun Tak dapat pulang ke kampung 😭...

Btw S.E.L.A.M.A.T. B.E.R.P.U.A.S.A ❤️

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^