Logo KBBA

Bayar Zakat Dengan Kad Debit pun boleh!

April 20, 2021

Salam ramadan ke 8...

Hai korang,  Hari ini farah nak share sedikit info berkaitan zakat. Kalau bulan ramadan je Kita PASTI sinonim dengan Zakat Fitrah...Tapi jangan pula Kita lupa zakat yang lain juga perlu Kita tunaikan. 

Di musim covid 19 ini , Lembaga Zakat Selangor menawarkan kemudahkan bayaran secara online untuk semua jenis zakat. Kini pembayaran zakat lebih mudah di buat. Hanya secara atas talian pun Kita sudahh boleh melaksanakan kewajipan Kita. Terdapat beberapa platform pembayaran yang disediakan untuk orang ramai oleh Lembaga Zakat Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.


Untuk pengetahuan semua Lembaga Zakat Selangor Kini memyediakan perkhidmatn Pembayaran zakat secara ONLINE. Sangat mudah dan cepat. Pembayaran Online boleh di buat melalui:

1. Online E-ZakatPay
2. Online Channel 
3. Online Banking
4. E-Wallet

Cara Pembayaran Zakat

Bagi memudahkan Orang Ramai Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan 11 cara pembayaran yang boleh di buat seperti di bawah:



Cara Membayar Zakat di Kaunter Cawangan LZS

Selain itu , kalau Kita punya Masa untuk berkunjung ke mana-mana cawangan Lembaga Zakat Selangor, pembayaran Zakat juga boleh di buat menggunakan Kad Debit di kaunter .Terdapat beberapa cara untuk membayar zakat di kaunter cawangan LZS. Cara pembayaran yang boleh dilakukan ialah :

1. FPX Payment
2. Kad Kredit Islamik
3. Kad Debit
4. Cashless Machine


Bayar Zakat Guna Kad Debit

Kad debit boleh digunapakai di semua kaunter LZS. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.

Dengan kata yang mudah, semua jenis kad debit boleh di gunapakai untuk pembayaran zakat di kaunter-kaunter yang di sediakan oleh LZS. Mudahkan! Cashless..Tak perlu ada tunai di tangan pun boleh laksanakan kewajipan Kita.



Disini farah selitkan juga sedikit info Syarat Wajib Zakat dan Jenis-jenis zakat. Jom Tunaikan kewajipan kita! Sumbangan kita mampu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Syarat Wajib Zakat

1. Islam
2. Merdeka
3. Milik Sempurna
4. Cukup Nisab
5. Cukup Haul
6. Berkembang

Jenis-jenis zakat

Berikut adalah ANTARA zakat yang perlu korang tahu iaitu: 

1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harga
3. Zakat Pendapatan
4. Zakat Perniagaan
5. Zakat Simpanan
6. Zakat Pelaburan
7. Zakat kwsp
8. Zakat Emas & perak
9. Zakat takaful

Berkat ITU sukar digambarkan dengan mata tetapi mampu dirasai dengan Hati kerana fungsi Zakat itu membersihkan jiwa, menyucikan Hati. Marilah Tunaikan rukun islam ke 3 dengan membayat zakat secara Online.


Website: Lembaga Zakat Selangor

Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)

Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)










You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^