Logo KBBA

PENGALAMAN BERSALIN CEASER KALI KEDUA

May 11, 2020



Hari ini genap 2 bulan aku selamat bersalin anak ketiga ( aku tulis entry ini bulan lepas tak sempat nak published. Lagi 5hari nak masuk 3 bulan dah 😚). Alhamdulillah syukur pada Allah, semuanya di permudahkan. Aku selamat bersalin pada 16 Februari 2020 yang lalu. Aku sendiri sebenarnya tak sangka dapat menimbang cahaya mata ketiga. Tak pernah terfikir pun...sebab tak planning hehe...ingatkan rezeki aku cuma 2 cahaya mata jer... alhamdulillah... alhamdulillah semuanya dengan izin DARINYA kan...

NAK imbas balik masa memula aku di sahkan mengandung waktu tu lepas raya aidilfitri yang lalu. Aku ingat lagi time tu juga kami sekeluarga baru sahaja lepas excident masa malam hari raya pertama. Allah pelihara kandungan aku...YA Allah waktu tu memang tak tahu lagi ada benih yang sedang membesar dalam rahim aku..ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku...selepas 6 tahun, Kaliff Rizqi pun dah darjah satu tahun ini. Dah besar dia...dan dia dapat jadi 'abang'. 

BERSALIN CEASER

Kali ini aku nak share pengalaman aku bersalin Ceaser kali kedua ini agak berlainan. Setiap kali bersalin memang lain-lain pengalaman yang kita akan alami kan. Kali ini memang agak berbeza bersalin dan berpantang di rumah sendiri , jaga sendiri. Alhamdulillah en.husband sangat membantu. Dia yang uruskan semua untuk aku. Terima kasih encik suamiku 😬😍.

Dua hari sebelum aku bersalin dah ada tanda-tanda sebenarnya tapi aku masih mampu bertahan. Waktu tu tarikh jangkaan bersalin aku lagi seminggu. Aku sepatutnya Warded 24 haribulan...dan aku memang dh set date untuk bersalin sebab aku pilih untuk Ceaser juga kali ini. Masa refer pakar O&G Ari tu doktor bagi aku pilihan untuk bersalin...disebabkan masa mengandung kaliff aku dah pernah bersalin Ceaser jadi aku pilih Ceaser lagi. Kenapa tak pilih Normal? Aku sebenarnya tak confident pengalaman yang lalu buat aku trauma untuk bersalin normal. Perjuangan aku bersalin normal masa Kaisara tu buat aku takut nak laluinya lagi. Kaisara dlu hampir lemas..aku kena induce 3hari laluan tak buka. Sakit dalam labour room sampai 7jam...dan akhirnya dia Warded nicu 9 hari... Aku tak nak baby kali ini jadi MCM tu... (Masa bersalin kali ke-3 ini aku try juga normal tp x mampu doktor pun ada cakap "awk nmpk MCM trauma jer NK bersalin normal, tak boleh tahan sakit ehh?😂😂 Allah azabnya nk Pushhh bila laluan tak berapa nak ada😫. Aku MMG x mampu!

PENGALAMAN BERSALIN CEASER KALI KEDUA

Walaupun nampak bersalin Ceaser mudah tapi sebenarnya sama je macam bersalin normal...setiap risiko yang ada kena hadap lah. Pagi tu jam 5 pagi aku kejut husband bgtau sakit makin kuat dekat pinggang dengan perut tapi tak ada tanda2 air ketuban pecah atau darah masa tu. Jadi aku berbelah bagi nak bertahan atau ke hospital. Hati pula risau sebab husband aku nak pergi kerja lagi pagi tu. Dia pun TGH nak abiskan kerja2 dia before cuti lama sebab nak jaga aku masa berpantang nanti. Time TU aku dah seminggu cuti duduk di rumah . Aku ambik cuti awal 2 minggu sebab dah tak larat nak berjalan panjat tangga opis huhuhu ( meja aku dekat tingkat 1)

Tapi sebab tak sedap hati aku decide pergi juga lah PAC kalau belum buka laluan aku cadang balik je nak BG nurse tgk MMG dah contraction kuat or Tak almaklumlah dh lama Tak bersalin aku pun tak pasti sakit contraction TU MCM mn dah hahaha. Ohh..ya lupa nak cakap aku bersalin dekat Hospital Tuanku Fauziah , Kangar Perlis. First time bersalin dekat Perlis.

Sambung ehh... Masa mula2 sampai PAC, misi suruh salin baju dan nak check urine jam 6.30pagi...waktu tu dia tgk muka aku dok tahan sakit jadi misi pun tak cakap banyak Sambil dalam hati aku pun minta lah MMG dah sampai masa..sbb aku pun dah tak larat nak bawa perut huhuhu...masa kencing tu lah baru tahu rupanya dah ada tanda darah..patutlah sakit pinggang pagi tu lain MCM... ( tanda nak bersalin baby ketiga ). Masa kaliff dulu aku turun tanda air ketuban pecah. so, memang lain-lain situasi yang aku alami masa nak melahirkan ketiga-tiga anak aku...

Ohh ya Waktu ni husband je teman aku dekat hospital. Anak2 aku tinggal dekat makcik dan Wan diaorang. Aku dah pesan MCM2 dekat kakak Kaisara dan adik kaliff mama nk pergi berjuang bawa balik adik. Doakan mama sayang...

Korang aku sambung parti 2 ehh...macam panjang pula entry ini🤣

Aku simpan coretan sini untuk tatapan masa hadapan.sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan kita. Dan rinduku saat itu pasti ada💕


You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Nisa baru ada anak sorang dan ceaser tapi tu la nak tambah anak pun jadi mcm seriau teringat..

    ReplyDelete
  2. Tahniah eh dah bersalin anak ketiga ya ^^

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^