3 RESEPI JUADAH PILIHAN DI PAGI RAYA
May 22, 2020
selamat Pagi
Hari ini aku nak kongsi 3 Resepi Juadah pilihan di pagi raya. kalau aku biasanya memang akan pilih satu menu berat untuk kami sekeluarga menjamu selera sebelum mula berjalan ke rumah sanak-saudara. Walaubagaimanpun tahun ini agak berbeza kan. Disebabkan Negara kita Malaysia masih dalam tempoh PKPB akibat wabak Covid19. Tapi raya tetap raya kan
So, dekat sini aku bagi korang pilihan menu yang menarik untuk di sediakan di pagi raya. Dah plan ke nak buat juadah apa? Rayakan setahun sekali. walaupun tak dapat pulang ke kampung halaman apa salahnya kita sediakan juadah sama seperti semasa berada di kampung dengan keluarga tersayang. Nak juga rasa suasana pagi raya itu. Anak-anak pasti tersenyum gembira. Jangan lupa solat raya di rumah masing-masing. Jangan cuba-cuba merentasi sempadan tau..nt kena tangkap hehe
1. NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH
Resepi Nasi Tomato
Bahan-bahan (Untuk Nasi Tomato)
2 1/2 cawan beras biasa- dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan)
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar tomato puri
Bahan untuk menumis (Untuk Nasi Tomato)
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris nipis
2 helai daun pandan - di simpul garam secukup rasa
Untuk Nasi Tomato:
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit.
2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng 3/4 masak
6-8 batang serai ketuk
¼ tin susu cair
2-3 biji buah tomato - direbus
8 sudu besar cili kering kisar
Sedikit garam
Gula
Bahan kisar:
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
Sejemput udang kering
Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak dan cili benar benar garing.
3. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi untuk memastikan ianya benar benar masak.
4 Masukkan buah tomato, gula dan garam secukupnya.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Masak dan renih dengan api perlahan supaya perisa ayam sebati dengan sambal.
6. Akhir sekali, dimasukkan sedikit susu cair. Sesuaikan rasa dan sedia untuk diangkat.
2. KETUPAT PALAS DAN RENDANG AYAM
Ketupat Palas
1kg beras pulut susu ( Rendam dulu semalaman)
1kg santan pekat
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
2 ikat Daun pandan
1) Basuh beras pulut dan toskan airnya. Campurkan santan, air, garam dan daun pandan ke dalam
periuk.
2) Masak dengan api sederhana sehingga hampir mendidih dan terus masukkan beras pulut.
3) Kacau dengan senduk kayu dan jangan tinggalkan. Kalau tak hangit nanti. Sekejap je masaknya
sebab pulut susu mudah kembang. Masak sehingga likat, tak perlu sampai terlalu kering ya.
4) Bila pulut dah sejuk. masukkan ke dalam daun ketupat palas yang sudah di buka .
5) Akhir sekali, boleh rebus atau kukus ketupat palas tadi. aku suka rebus lagi jadi, Masukkan
kesemua pulut yang dah siap ke dalam periuk, isi air hingga paras tinggi ketupat tu. Kemudian
masak hingga airnya kering. Bila air kering tu maksudnya dah masak lah ketupat anda tu.
Resepi Rendang Ayam
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg bawang merah - hiris
1 labu bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
1 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.siap
3. SOTO AYAM
Resepi Soto Ayam
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Cara cara:
1. Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
2. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk perasa dan garam.
4. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan
bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap.
Cara penyediaan Cili Kicap
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sesudu cuka
Kicap cair
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang.
Masuk air, cuka dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan-bahan lain:
Nasi Impit – potong kecil
Mee hoon – celur
Taugeh/ tauhu
Daun bawang/sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soohoon goreng ( Digoreng dalam minyak sedikit )
Begedil
Hari ini dah boleh mula membeli barang-barang untuk menu-menu pilihan di pagi raya. Selamat memasak korang. Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin . #stayathome #staysafe
3 pesanan ditinggalkan
Selamat membuat persiapan menu raya.
ReplyDeleteSedap2 cadangan menu tu
Menu no 1 tu memang kegemaran k.sal. Selalu gak buat untuk anak-anak .. lagipun simple dan anak-anak suka
ReplyDeleteMenyelerakan . .
ReplyDeleteTahun ni lat umah hidangan pgi raya mee kari , ketupat , kuih raya .
Ala kadar je
tinggalkan komen anda di sini ^O^