Logo KBBA

STAYCATION DI ORANG ORANG VILLAGE (OOV), KABIN STAY PERTAMA DI PERLIS

November 12, 2021

Hari ini aku nak share staycation pertama kami sekeluarga selepas Kebenaran merentas negeri di benarkan. Aku nak #THROWBACK aje..sebab asyik lupa nak siapkan entry ini. Mana tau ada yang nak bercuti di Perlis jenjalan Padang besar nanti boleh lah pilih #kabinstay ini...

Actually dah sebulan kami booking tempat ini... bulan septeber yang lalu dan kami pilih 15 Oktober 2021.  Lokasinya cuma di kampung Alor Redis, Perlis. kami mulakan percutian pertama dengan tempat paling dekat dahulu hehehe ( mmg dekat sangat dengan rumah hihi)

Orang-orang village merupakan Kabin Stay Pertama di Negeri Perlis. Terdapat 3 kabin di Orang orang village. Muat-muat lah kami 3 keluarga. Family ayah aku, family aku dan adik aku... Kecik je tempat ini tapi rasa heaven dan best sangat sebab kami Booking ketiga-tiga kabin jadi Kawasan Kolam renang tak  perlu berkongsi dengan pelanggan lain hahaha...Kolam itu kami yang punya gituu!

Aktiviti yang boleh buat di situ memang plan nak mandi-manda di kolam sahaja. Nak gembirakan anak-anak yang dah lama terperap dekat rumah sepanjang PKP 2.0 & PKP 3.0 tuhh...aje... Kesian kebosanan. So, kita happy-happy di situ. Tapi bertambah-tambah pula plan last minit. Nak sambut Birthday boy anak adik & BBQ dinner di situ. Kira aktiviti full sepanjang 2hari 1malam di situ.






BIRTHDAY BOY

Lepas check in pukul 3 Petang, sebelah petang tu terus dengan aktiviti pertama kami iaitu SAMBUT BIRTHDAY BOY anak buah aku dengan tema open garden gitew. Buat dekat tepi sawah dengan angin-angin sepoi...  Angin kuat tau kawasan ini cuma view sawah padi menghijau xada. Orang baru mula menabur baja hehehe.... sejuk je di celahan pokok dekat tepi kabin . kitaorang bawa siap-siap makanan dari luar. Just set up sikit letak belon dan hiasan atas meja. Jadilah "Majlis Hari Lahir ke 4 tahun Luth Dhaffa " (anak adik aku). Simple but nice!  Lepas siap makan kek terus ramai-ramai terjun kolam...hehehe




Mandi Kolam











 
Kisah seterusnya aku sambung Part 2 next entry yer..
sebab ada gambar banyak nak share dengan korang hehehe



You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^