Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA "ADELLEA SOFEA" SLOT AKASIA

December 13, 2019

Adellea Sofea

Drama rantaian 'Adellea Sofea' bakal menemukan gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.  Telah menemui penonton bermula 6 Disember 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.



JUDUL : ADELLEA SOFEA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Nurul Halawati
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radiusone Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Firdaus
Jasmine Suraya sebagai Suzie
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah
Roy Azman sebagai Encik Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aizi
Iman Zulkarnain sebagai Zahim
Sharisa Haris sebagai Jenab / Jamilah
Remy Maghrib sebagai Sham
Fadzly Fuad sebagai Fahmy

LAGU TEMA
Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA
Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.


Nota: Aku dah mula Follow cerita ni. Pada aku jalan cerita dia menarik. sebab buat penonton tertanya-tanya apa rahsia yang cuba di sembunyikan. so, kaki Drama Wajib menonton hehe


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Fir tu masih penagih dadah atau bekas penagih dadah ye.. Tengok epusod satu je.. Tu oun kat youtube. Sekarang nak layan drama kat tv macam takde masa dah

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^