Logo KBBA

BAWA ANAK-ANAK TENGOK MOVIE: BOBOIBOY MOVIE 2

August 25, 2019


Last week masa dekat nak raya hari itu aku sempat bawa anak-anak aku ke panggung wayag menonton cerita Boboiboy movie 2. Kalau korang nak tahu ini lah kali pertama aku tengok cerita boboiboy hahaha. Aku sebenarnya tak berapa minat nak fokus dengan cerita animasi di luar kotak macam ni. Ada planet, ada raksa bagai fuhh mcm semakk je! Tapi mengenakkan anak-anak aku memang layan je boboiboy dekat rumah dan youtube so layankan je lah permintaan depa nak tengok wayang.

Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water. Rupanya aku sorang je tak tahu yang lagu tu nyanyian Faizal Tahir. anak aku dah siap search lagu boboiboy movie 2 nie dekat youtube lagi..Diaorang lebih advance budak berdua nie Kaisara & kaliff ...hehehe

BoBoiBoy Movie 2

SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2

Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah diserang oleh Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan raka-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Genre : Animasi, Aksi
Pengarah : Nizam Abdul Razak
Terbitan : Animonsta Studios Sdn Bhd, Astro Shaw 
Pelakon : Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean

ADA lah beberapa babak lawak dengan kemunculan PiPiZola yang buat kitaorang ketawa sepanjang menonton boboiboy movie 2 ini.  Paling tak lupa, adalah lawak berbentuk sindiran tentang nama penuh Pipizola.Panjang we! lepas je menonton bila anak aku tanya balik aku pun tak ingat hahaha.  Memang kena dengan gaya ibu bapa sekarang! suka letak nama anak panjang-panjang hahaha. Elemen lucu juga tidak hanya bergantung pada watak Papazola semata-mata, sebaliknya menampilkan watak kelakar yang pelbagai seperti Adu Du, Gopal ...

so, untuk korang yang belum berkesempatan menonton wayang cerita ini. boleh lah bawa anak-anak pergi menonton nanti. sesuai untuk mereka... Mak ayah pun layannnn sekaki hahaha.




K.bye!


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. yg takdak anak2 bawak diri sendiri la jawabnya hehe belum ada masa lagi nka tgok. nnti tangguh2 last2 dah hbs tayangan dkt wayang :') selalu mcm tu

    ReplyDelete
  2. Qiss suka juga tengok kartun boboiboy ni. Memang best. Nanti nak ajak anak sedara pi tengok sebelum habis kat wayang.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi bawak anak2 tengok wayang kartun

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^