"KAKI KREM" : KAKI KEJANG DAN LENGUH SEMASA MENGANDUNG SERTA CARA MENGATASINYA

December 11, 2019


Semalam aku di serang "Simpul Biawak " semasa tengah tidur. kalau bahasa kampungnya aku panggil Tarik Mengkarung je. fuhhh dia punya sakit Allah je yang tahu. Aku ni memang biasa jadi kalau time mengandung. Masuk kali ini dah 2x aku kena. Salah satu Mungkin Faktor aku tak minum susu.. aku sebenarnya tak suka minum susu. tambah-tambah susu yang ada bau...

Tapi itulah risau juga Sejak mengandung ni, malam-malam asyik kena ‘simpul biawak’. Bukan main sakit lagi, rasa macam fobia nak tidur malam pun ada. 

Cramp, ‘simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’ adalah antara istilah yang popular di kalangan ibu mengandung. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada waktu tidur malam. Aku terfikir juga Kenapa orang mengandung selalu kena penyakit ni ya? Ada ke cara nak elakkan daripada asyik berulang lagi?”

Nasib baiklah masa jadi semalam Husband aku ada. Memang menjerit-jerit jugalah aku kejutkan dia. Kesian dia huhuhu Terkejut! tapi tu lah kalau lambat urut simpulan tu jadi makin besar dah naik makin ke atas. so, resultnya hari ini aku nak naik tangga & berjalan pun sakit. Walaupun masa jd tu tak lama... Cepat-cepat Husband tolong  Urutkan.Aku ini Bukan apa bila jadi dekat kaki ni, Tangan sendiri nak capai  kaki pun dah tak sampai...huhuhu ( perut dah besar )

Hari ini aku nekad nak singgah kedai beli susu dan  MINUM! Harap-harap dapat elak dari kaki aku krem lagi...Hehehe. Aku nak share juga 7 cara atasi kaki kejang dan lenguh semasa mengandung, hasil carian dalam google. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

"kaki Krem" Lebih kerap berlaku bila perut semakin membesar
( Alhamdulillah 7 bulan sudah )
7 CARA ATASI MASALAH KAKI KEJANG & LENGUH SEMASA MENGANDUNG

Berikut adalah antara cara mencegah kekejangan kaki dan lenguh semasa hamil.

1. URUTAN
Apabila diserang kekejangan atau simpul biawak, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega.

Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

2. TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS
Jika masih berasa kejang atau lenguh, cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

3. SENAMAN REGANGAN
Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

Cubalah lakukan rutin senaman regangan ini, seperti yang disarankan oleh BabyCenter:

Regangan kaki – Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan. Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Selain senaman ini, ramai ibu turut merasakan bahawa berenang sangat sesuai dilakukan walaupun sarat mengandung.

4. BETULKAN POSTUR
Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

5. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA, SUSU & MAKANAN TINGGI KALSIUM
Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.

Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut

6. UTAMAKAN DIET SEIMBANG
Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau cramp kaki ketika hamil.

Sejak hamil, keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

Makanan untuk ibu hamil - Ibu hamil kena makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

7. MAKAN SUPLEMEN YANG DIPRESKRIPSIKAN
Biasanya, ibu hamil akan diberikan suplemen oleh Klinik Kesihatan iaitu pil Zat Besi (iron tablet), Asid Folik, Vitamin B Kompleks, dan Vitamin C. Keempat-empat pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.

sumber : sini

Semoga bermanfaat untuk semua! Doakan kesihatan aku ....


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^