Logo KBBA

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia Taja RM3.7 Juta Untuk Kanak-Kanak OKU

March 13, 2022

 

Bilik Terapi Sensori Ronnald (RMSR) merupakan sebuah program tajaan yang dilakukan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC).  

Bagi anda yang belum ketahui bahawa McDonald’s Malaysia dan RMHC sangat giat dalam kebajikan, persatuan kebajikan mereka sangat aktif sepanjang tahun dengan program sumbangan kepada yang memerlukan.

Sumbangan Tajaan Bernilai RM 3.7 Juta Dan Program Tahunan


Salah satu sumbangan terbesar RMHC adalah 35 buah bilik terapi sensori yang telah dibina di seluruh Malaysia. Ia merupakan rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia iaitu dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta.  Tajaan ini telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Tahniah RMHC Malaysia atas inisiatif yang telah dilakukan. Selain taja RM 3.7 juta untuk kanak-kanak OKU melalui RMSR.   McDonald’s Malaysia juga turut menyumbang dari segi zakat korporat dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Lebih dari 7,000 aktiviti kemasyarakatan yang telah berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC. Ia juga melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) Tajaan RMHC Di Seluruh Malaysia


Seperti yang didedahkan tadi, 35 buah bilik terapi sensori kini berada di seluruh Malaysia. Apakah kegunaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) ini? 

Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. Akhirnya ia dilancarkan di Perlis.


Ditubuhkan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas (OKU) dan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

RMSR merupakan sebuah program anjuran RMHC Malaysia dalam usaha menyediakan bilik terapi deria yang lengkap dengan peralatan multi-sensori untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi kanak-kanak tersebut. 

Fungsinya adalah untuk meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan diri kanak-kanak tersebut yang mengalami masalah berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran. Terdapat peralatan yang akan digunakan sepanjang pembelajaran bagi mencapai objektif meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.



YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar yang merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia serta Presiden RMHC berkata,

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini.”  

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

RMSR di A-Heart, Perlis Melengkapkan Rangkaian RMSR di Seluruh Negara 

RMSR kini berkembang luas ke Perlis pula. RMSR di A-Heart Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis merupakan sumbangan dan sokongan RMHC Malaysia bagi kategori program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis.   


Majlis Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) A-Heart Perlis


Perasmian bilik terapi sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis oleh RMHC Malaysia telah berjalan lancar pada 28 Februari 2022. 


Akhirnya Perlis telah melengkapkan RMSR, hebat! Maka secara tak sedar, sempurnalah RMSR di seluruh Malaysia. Tahniah buat McD dan ibu bapa semuanya yang bakal menghantar anak-anak ke sini.


Majlis perasmian RMSR yang ke-34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Untuk Negeri Perlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

Pada Majlis Pelancaran hari ini juga telah diadakan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000. Sumbangan Zakat ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.


Sumbangan Zakat Korporat RM 100,000

Sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam, McDonald’s Malaysia bertanggungjawab untuk menunaikan zakat korporat bagi perniagaan mereka. Ini sebagai tanda ucapanTerima Kasih’ dan penghargaan kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan walaupun ketika perintah kawalan pergerakan tahun lalu.


McDonald’s Malaysia juga memainkan peranan sebagai organisasi yang sentiasa prihatin akan nasib golongan asnaf dan yang memerlukan, mujur sumbangan zakat korporat diadakan supaya golongan sebegini tidak tercicir.

 


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.


Jasa Dan Kebaikan Di Balas Baik                                                                                     

McDonald’s Malaysia juga telah mempunyai jasa dan kebaikan yang sering mereka lakukan. Sebagai contoh, mereka tidak terkecuali melakukan program atau aktiviti kebajikan secara individu atau berkumpulan.                                                                                                                                       

Antara program-program yang telah dilaksanakan juga adalah seperti berikut:

  • Sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner

  • Sumbangan makanan kepada warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina 

  • Tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s pada bulan Ramadhan 


Jasa baik ini dibalas dengan baik oleh masyarakat Malaysia. Harapnya hubungan baik ini dapat diterapkan secara berterusan. Dengan kebaikan program yang dilakukan, kami yakin McDonald’s dan RMHC Malaysia akan berkembang maju jaya dengan lebih lagi.



You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^