Logo KBBA

Cuti-cuti di Penang : Bayview Beach Resort

February 24, 2022

Sambungan dari entry sini 

Hahaha sekali dah masuk 2022 lah pula. Sorry ya...aku Baru nak sambung entry percutian November 2021 yang lalu. Sibukk betul hujung-hujung tahun...tapi aku nak siapkan juga story percutian tu sebab Nanti rindu boleh Baca sini lagi hehe

Lepas ni nak update percutian terbaru semasa Chine New Year Ari tu pula hahaha

MANDI KOLAM 

Keesoknya semasa DEKAt Leisure Cove Hotel sebelum check out Kitaorang mandi kolam dahulu ...ada aku sebut DEKAt entry sebelum ini kolam dia best DEKAt rooftop tingkat 8 , Tak berbumbung jadi dapat lihat pemandangan di sekitar Tanjung Bungah macam gambar di bawah ini. Malas pula nak story banyak-banya..Hotel ni setiap tahun aku memang pilih menginap di sini. Harga pun berpatutan. Ada bilik Apartment, single dan Family Apartment macam kata korang nak pergi ramai around 2 or 3 kereta pun boleh pilih menginap di sini. Serius Best!







BAYVIEW BEACH RESORT PENANG

okay lepas check out DEKAt leisure cove, Kitaorang sambung check in di Bayview beach resort, Penang yang terletak di Batu feringhi. Bayview ada 2 tau satu lagu DEKAt tengah pekan Georgetown...yg ni DEKAt tepi pantai. Check ini sini pula untuk next event opis aku. Familyday with officemate gitew!! Tapi sebelum check in Kitaorang jalan-jalan dulu DEKAt bandar, cari Cendol dengan Jeruk Madu Pak Ali Dan check in around jam 4 petang.

Since, Majlis makan Malam bermula jam 8.. so, aktiviti kami petang tu lepak-lepak pantai Dan mandi kolam aje..so far hotel Bayview beach resort memang best juga... Ada kolam yang sesuai untuk yang anak-anak kecik... Bilik luas, pemandangan pun cantik dan sesuai untuk yang nak rest dari kesibukan kota giteww!

Mula-mula mandi pantai dulu..lepas tu tak puas hati masuk mandi kolam pula..hahaha..Makayah yang over excited! tengok anak-anak happy..kita pun tumpang happy.











Majlis Makan Malam


Event malam itu, tema kitaorang BIRU da PUTIH. So, aku pilih biru untuk myfamily hehehe. Majlis makan malam yang simple-simple aje...Just makan-makan Dan ada simple game untuk fun-fun. Aku  adalah salah seoarang dari AJK yang uruskan game ( paling minima yg simple tapi fun ada yang kami adakan..yang penting hadiah pun tau!

Actually masih bimbang dengan penularan covid...sangat berhati-hati time uruskan majlis ini)... alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancarnya..dihadiri hampir 40 family dari kalangan opismate aku. Ada cabutan bertuah juga malam itu. ..Alhamdulillah  rezeki aku juga dapat no3 cabutan bertuah hehehe...Hadiah macam dalam gambar dekat bawah hehehe







Majlis selesai jam 11 malam. Keesoknya, ada breakfast , sambung mandi kolam lagi dan check out jam 12 tengah Hari. 

So, aku cadangkan kalau korang berminat nak bercuti ke penang trylah bermalam di  Bayview beach resort. Memang kena spent sepenuhnya Masa di sini Baru best... Kalau niat nak berjalan-jalan sekitar Penang ke ambik 3 Hari sebab Bayview ni jauh sikit dari bandar Georgetown... nun di hujung. Kalau nak ulang alik rugi Masa pula hehe...

Jadi baik habiskan Masa 24hours DEKAt hotel je hehe 😁...ada juga aktiviti pantai macam banana boat, jet ski di sediakan...ok sekian story dari aku. tunggu next entry pasal cuti-cuti di Terengganu pula 😀

Sekian 

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^