Logo KBBA

Kini Didedahkan Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Datuk K

February 25, 2022

Di sini lahirnya usahawan jutawan..


Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan berjaya dan dan anak kepada Datuk K kini telah bergelar usahawan jutawan.


Dahulunya Ashraf seorang yang tidak mempunyai matlamat hidup dan sering kecewakan ayahnya, beliau tidak tahu apa yang ingin dicapai. Alhamdulillah kini beliau telah berjaya merubah hidup berkat ilmu dan Mentor yang diikutinya beberapa tahun lalu. 




Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richwork International Sdn Bhd merupakan usaha Mentor usahawan nombor 1 di Malaysia yang telah beliau jadikan guru. Kejayaan demi kejayaan dikecapi sejak beliau belajar dalam program Titanium Richworks sebagai Titan Richworks. 


Tahukah anda, kenapa Ashraf boleh berjaya dan berubah berbanding menjadi dirinya yang dahulu? Pasti ada sebabnya!




Baru-baru ini, Datuk K atau suami kepada penyanyi no 1 negara kita telah mengadakan majlis sambutan Hari jadinya dan makan malam bersama keluarga.  Turut dijemput adalah Datuk Wira doktor Azizan Osman, ini kerana Datuk K sangat gembira akan perubahan besar anaknya Asyraf.  


Beliau telah mengucapkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam ucapannya pada malam tersebut. Datuk K sangat berbangga dengan anaknya tambahan pula setelah mengetahui bahawa anaknya berusaha keras untuk membuktikan kejayaan kepadanya. 

Asyraf Buktikan Kepada Datuk K dan Keluarganya


Kisah Ashraf Khalid sebagai usahawan bermula apabila beliau bertemu dengan Mentor yang dapat mengajarkan tentang bisnes dan menjadikan kehidupannya dalam perspektif yang lebih baik lagi.  Ashraf memahami perjalanan perniagaannya masih jauh dan beliau perlu membuat persediaan dengan lebih banyak lagi.


Mendengar kata-kata dari Datuk K terhadap dirinya dan mentornya, Asyraf bersyukur akhirnya beliau telah membuktikan kejayaan diri kepada bapanya. Justeru, beliau berpendapat bahawa pilihan mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai mentor perniagaannya adalah tepat sekali.


Datuk Wira Dr Azizan Osman telah banyak berbakti dalam memastikan kejayaannya dalam perniagaan dan kehidupan juga.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"  - Asyraf


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.” - Asyraf


Asyraf turut bersyukur kerana sahabat dalam Titan RichWorks juga diterapkan nilai murni sesama sendiri seperti berkongsi ilmu dan tidak kedekut ilmu.

Tonton Video Ucapan dari Datuk K yang sangat mengejutkan


https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864


Video ini telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. Sudah tentu ia menjadi viral kerana ia merupakan pendedahan yang dibuat oleh Datuk K sendiri mengenai Asyraf. 


Asyraf Khalid telah berubah lebih baik dan berjaya dari sebelumnya. Dalam video ini juga diceritakan tentang Datuk Wira yang sangat memberi manfaat kepada anaknya dalam membantu mengembangkan perniagaan dan mengajarkan erti kejayaan sebenar.


Datuk K Beri Penghargaan Buat Datuk Wira Dr Azizan Osman

Selain berterima kasih kerana membimbing anaknya dengan sangat baik sekali, Datuk K turut menyatakan perasaan kagumnya terhadap Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pencapaian Datuk Wira sememangnya sangat dicemburui oleh Datuk K, beliau sendiri tidak mampu melahirkan ramai usahawan jutawan seperti Datuk Wira.


Ini adalah pujian buat Datuk Wira dan Richworks sendiri. RichWorks membuka peluang untuk usahawan bersama-sama duduk dibawah 1 bumbung bimbingan dalam merealisasikan impian menjadi usahawan jutawan dibawah 3 tahun berniaga.


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link



“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.” - Datuk K


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” - Datuk K



Datuk K juga melahirkan pendapat bagi mereka yang merupakan usahawan berjaya di luar sana. Apabila sudah berjaya, jangan lupa diri. Perlu untuk merendah diri dan bantu orang lain pula untuk terus berjaya.


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” - Datuk K.


Asyraf Bermula Di Titanium RichWorks


Kejayaan demi kejayan dapat dilihat setelah pelbagai usaha dilakukan dalam perniagaan. Untuk merangka strategi dan pelan perniagaan, mentor akan membimbing dan memberitahu apa yang boleh dibuat dan tidak memandangkan ramai usahawan tidak ada pengalaman. Jika ada pengalaman, mungkin cenderung buat salah juga.



Oleh itu, dengan program yang menggelar Asyraf sebagai Titan RichWorks, beliau dipantau dan dibimbing hebat oleh Datuk Wira sendiri. Program titan Richworks ini memerlukan komitmen yang tinggi secara 2 hala. Dari segi perniagaan usahawan, diri sendiri, juga bersama circle dan mentor.


Selain menjadi Titan RichWorks, Richworks juga menawarkan kelas bimbingan yang lain khas untuk mereka yang ingin mencapai jualan 30 ribu ke atas buat pertama kalinya dan program bimbingan persediaan untuk capai 1 juta pertama juga.


www.richworks.com

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^