Logo KBBA

Bisnes 'Mati' Jika Usahawan Tidak Lakukan Perkara Ini

February 11, 2022


Sangat sedih memikirkan kenapa jumlah jualan kurang, tidak ada orang membeli, berniaga sudah tidak sama seperti tahun-tahun dahulu lagi. Menyebabkan ramai juga usahawan yang sudah tutup bisnes. 


Sering kita lihat industri perkahwinan yang mula menukar jenis bisnes, tetapi banyak juga industri lain cukup terkesan. Walaupun bisnes makanan, pun turut terjejas. 


Ya, bisnes akan mati jika kita sebagai usahawan tidak melakukan beberapa perkara ini. Sebab bisnes sekarang ni ikut trend, masuk tahun 2022 jika kita buat perkara yang sama macam dua tahun lepas, bisnes ktia tak maju macam dua tahun lepas tu.

Imej via [richworks]


8 Perkara Usahawan Perlu Buat Jika Nak Bisnes Sustain


Jangan terkejut jika bisnes kita bakal tutup sekiranya kita tidak lakukan perkara ini. Perkara ini sangat penting untuk kita buat dengan segera, konsisten dan persisten.


  1. Lihat Sentimen Pasaran 

  2. Kenali Pesaing (SWOT Analisis)

  3. Bina Brand dan USP sendiri

  4. Kenali Sasaran sebenar perniagaan

  5. Sistemkan bisnes secara online besar-besaran

  6. Laju dan pantas bertindak dari orang lain

  7. Agresif gunakan ilmu yang terbukti berjaya

  8. Perlu bimbingan dan circle supaya usaha terus maju dipantau


Perkara ini sangat penting kerana cabaran perniagaan makin hari makin mencabar.  Sentimen pasaran dan kurangnya ilmu dalam usahawan akan menjadikan sesebuah bisnes itu kecundang atau mati (terpaksa ditutup).



Baru-Baru Ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman Telah Berkongsi

 


Sentuh bab sentimen pasaran ini, teringat akan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ada kisah dan pengalaman beliau berkaitan usahawan dan bisnes memandangkan pengalaman beliau dalam pemasaran jenama ini sudah lebih dari 10 tahun.



Rugi kalau tak baca apa yang disampaikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam perkongsian baru-baru ini.



“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”



Cuba anda bayangkan, orang yang ada kilang di China pun boleh jadi STUCK, tak tahu nak buat pemasaran macam mana lagi. Aduh, nampaknya bukan peniaga kecil saja yang ada masalah berniaga zaman sekarang ni.


Bila masuk soal pemasaran, adakala syarikat besar pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Banyak yang kita terlepas pandang sebab ilmu pemasaran ni setiap tahun tak sama. Boleh dikatakan juga pemasaran mengikut trend, ada yang boleh viral dengan mudah, ada yang kena masuk pada platform yang tepat untuk pemasaran yang lebih mendalam.


Bisnes akan mati kalua kita masih berada pada ilmu yang sama, tahap yang sama, dan tak buat perkara yang perlu kita buat. Nak buat apa? Daripada kita terus blur tak habis-habis ni, baik kita cari orang yang boleh tunjuk ajar.



RichWorks Lahirkan Usahawan Jutawan 



“Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


*Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.*


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”



Bestnya bila jadi Titan Richworks tu, Datuk Wira bimbing dalam program mentoring secara dekat. Pernah juga dengar perkongsian titan dulu, sampai ke tengah malam lagi Datuk komited bantu titan-titan usahawan Richworks ni. Ya Allah, semoga dilancarkan urusan Datuk Wira sebab banyak bantu usahawan.


Datuk Wira Dr Azizan Osman Dan Richworks International 


Berikut adalah sedikit info berkaitan Datuk Wira dan Richworks International Sdn Bhd.


Sejak dahulu lagi, Dr Azizan Osman giat bantu usahawan, sudah puluhan ribu usahawan mengikuti seminar dan kelasnya pada tahun lepas. Walaupun PKP, kelas online sahaja pun ramai yang ikut. 


Dr Azizan Osman ini. Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang pengasas Syarikat Richworks International Sdn Bhd. yang sangat hebat melahirkan usahawan berjaya.


Antara pencapaian Richworks, telah melahirkan banyak jutawan seperti jenama Noir Beauty, Hedy’s, Nurraysa, Eskayvie dan ramai lagi. Pernah juga baca kisah program Datuk Wira disebut dalam parlimen pada tahun lepas dan mendapat pujian. Hebatnya.



Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman, Setiap Ahad Februari 2022, 8 pagi


Anda semua berpeluang untuk belajar bersama Datuk Wira dalam sesi Voice Chat Telegram saluran Azizan Osman Official yang akan bermula pada Februari ini. Dalam sesi ini, Datuk nak bantu semua usahawan untuk terus maju jaya dalam perniagaan. Kalau kita buat bisnes nak berjaya, jangan lepas peluang hadir.


Jom masuk ke saluran Telegram Datuk Wira Official ini.  Program Live Session bersama Datuk Wira ini akan diadakan setiap ahad sepanjang Februari pada jam 8 Pagi.




Jemput sertai Telegram Azizan Osman Official

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^