RESEPI KOEY TEOW TH'NG

May 29, 2021

 


Salam syawal ...

Hari ini aku nak share dengan korang resepi syawal ke 3 aku Hari tu. Walaupun Tak de tetamu yang datang. Aku still masak sedap- sedap untuk family dan diri sendiri hahaha .Belum terlambat lagi kan sebab Kita MASIH dalam syawal hehe. So menu pilihan aku syawal ke 3 ari tu ialah koey teow th'ng. 

Dulu aku selalu makan koey teow th'ng ini DEKAt ALOr Setar. Sebelah PERLIS ni Tak de orang jual ye... Makanya nak rentas negeri Tak boleh so cubalah masak sendiri. My first trial gitew! Dan MENJADI wehhh...

So resepinya aku share di bawah ini ✌️☺️

Tak boleh rentas negeri nak makan koey teow theng huhu.  Tapi jangan risau cukup bahan boleh buat sendiri je 😍

Bahan-Bahan Sup:

Ayam 

Fishball/fishcake 

Bawang besar/putih/halia /3serangkai

Lada sulah/garam/Gula 

Kiub ayam 


Bahan condiments lain:

Bawang goreng 

Daun bawang/daun sup 

Tauge 

Fishcake - Fish cake Dan bebola ikan bilas dengan Air panas.  Hiris halus

Bawang putih goreng (sekali minyak)

Cili kicap (blend bawang putih/bawang, cuka,Gula, kicap, cili padi)

Kotoew rendam jap Air panas pastu toskan.

Cara memasak kuah Sup : 

1. Rebus Air kosong dalam periuk

2. Masukkan ayam bahagian tulang2 Dan juga bahagian dada. 

3. Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5 (optional yg ni ak x letak pun)

4  Masukkan sedikit gula,  garam,  lada Putih, kuib pati ayam 1.

5. Biarkan semuanya mendidih Dan ayam empuk. 

6. Keluarkan Dada ayam biarkan sejuk Dan carik2kan isinya 


Minyak bawang putih.

1  cincang bawang Putih selabu 

2. Panaskan 4sb minyak

3. Masukkan bawang Putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas 

Ok siap dah boleh di hidangkan 🤤🤗




Selamat MEncUBA 🥰
Awal jun Nanti dah mula lockdown boleh la try resepi ini ✌️

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^