Logo KBBA

Selamat Hari Raya 2021

May 15, 2021


Selamat Pagi...

Salam 3 syawal 1442H /15 mei 2021. Alhamdulillah selesai sudahh 30 Hari berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan pula.

Tahun ini tema kami sekeluarga Dark Purple ada ke yang sama macam kami ? Hehe...Walaupun Raya dalam suasana PKP 3.0 SYAWAL tetap di raikan cuma aktiviti ziarah menziarahi je Tak dapat di lakukan. Nasib baik juga rumah ayah sebelah rumah je...dapatkan beraya bersama-sama ☺️

Menu kami di 1 Syawal 1442H ialah Nasi Tomato...masak sikit je makan sekeluarga. Tetamu pun mmg Tak ada langsung...aktiviti pagi Raya sekadar makan-makan bersama keluarga, bergambar dan video call dengan Kakak aku yang duduk di KEDAH. Ada 2 orang Kakak aku di KEDAH.... NAMPAKNYA Tahun ini merupakan tahun ke dua Tak dapat berkumpul bersama-sama. Sedihh...Keluarga mentua pun di KEDAH. Berdua je mereka berhari Raya...😔Semoga Covid 19 cepat2 berlalu pergi...

Di kesempatan ini farah nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" andai ada tersalah bicara mohon di ampunkan segala dosa ✌️☺️ semoga kita dapat bertemu keluarga tercinta selepas PKP 3.0 ini berakhir Nanti. 


Selamat Hari Raya semua 🤗

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^