KEISHA IRDINA 6 BULAN

August 27, 2020



Cepat betul masa sekarang kan..Pejam Celik dah 6 bulan si kecik Keisha irdina ni...rasa macam baru semalam lahirkan dia huhuhu...sekarang keisha dah mula makan makanan solid macam Moi, Nestum, buah dan air masak selain susu. Aku pun rasa teruja nak tengok dia makan apatah lagi abang dan kakaknya. seronok dapat jaga adik! alhamdulillah...

Mula-mula Rasa macam satu pengalaman baru pulak..padahal keisha anak aku yang ketiga dah ahahaha. tapi sebabkan jarak yang agak lama aku pun dah lupa banyak ilmu pasal baby. aku sekarang pun banyak search google nak cari info-info berkaitan perkembangan bayi, cara makan dan cara penjagaan bayi. Sometime tak semua benda yang anak first dan second lalui tu sama dengan anak yang ke tiga ni. Perkembangan setiap orang pun lain-lain kan...

Keisha sekarang pun dah mula naik walker. kaki dia pun dah mula aktif gerakkan walker kalau satu minggu pertama dia cuma duduk dan main je atas tu, sekarang dah boleh gerakkan walker ke depan dan ke belakang. fuhh sib baik mama ada kakak kaisara & abg kaliff boleh la tolong tengok-tengok kan dia hehehe . 

Next entry aku nak story sikit bab walker keisha nanti..
insyallah kalau rajin esok aku up storynya...







You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^