Logo KBBA

CUTI BELAJAR DARI RUMAH AKIBAT COVID19

August 19, 2020


Dah hampir 3 minggu anak aku mula "CUTI BELAJAR DARI RUMAH" KERANA bimbang  #COVID19. Kebimbangan aku berikutan kes COVID19 yang semakin naik kembali selepas cuti raya haji baru-baru ini . Paling risau Terutama sekali nak lepaskan anak ke sekolah. Anak aku Kaliff tu baru tahun satu bagi aku untuk dia ikut SOP 100% memang agak mustahil semasa di sekolah walaupun pihak sekolah dah tekankan bab nak jaga Jarak, pakai pelitup muka dan kebersihan tangan. Jadi kami suami isteri sepakat cuti kan Kaliff dan Kaisara dari sekolah sejak 3 Ogos yang lalu.

Bila tengok Kes Kluster Sivagangga mula memasuki PERLIS dengan kes di Sanglang lagi lah buat aku bimbang. Perlis ni kecik jer...orang kata pi mai..pi mai tang tu je lahh..Kami sekeluarga pun dah mula kurangkan pergerakkan. Berjalan hujung minggu pun dah tak ke mana-mana... Nak beli makanan di kedai pun mula was-was. Allah berat sungguh Ujian yang kita terpaksa lalui Hidup dengan Virus COVID...

alhamdulillah Sekolah anak aku memang bagi kelonggaran ke pada Parents untuk pilih nak teruskan persekolah seperti biasa atau cuti belajar dari rumah..syukur pihak sekolah faham. Tapi tu la aku bimbang juga  mereka berdua pasti ketinggalan dalam pelajaran. Tapi apa pilihan yang kami ada...tak sanggup pula nak ambil risiko.

Nasib baik juga guru kelas kaliff keep update pasal kerja sekolah. Jadi dekat rumah aku boleh pantau dan minta dia buat juga macam kawan-kawan lain. Insyallah kalau kluster di perlis berkurangan/ Habis aku akan hantar anak ke sekolah seperti biasa. aku memang always follow telegram MKN untuk tahu update pasal status Covid di negara kita ini....

Semoga kita semua di jauhi daripada wabak Covid19 ini

You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Mommy la jadi guru besar merangkap guru kelas dan makcik kantin sekali ye..hehe

    ReplyDelete
  2. Musim sekarang ni kalau boleh cuti kan anak, better cuti kan aje. Lagi selamat duduk kat rumah dari kita tak tahu diorang bercampur ramai-ramai kat sekolah. Budak kan.

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua di lindungi Allah.jaga diri dan keluarga k.

    ReplyDelete
  4. memang patut kena cutikan anak.Memang risau kalau daerah kita dah dekat dengan kluster macam tu..Semoga Allah melindungi kita semua..Take care ye

    ReplyDelete
  5. Takpe kalau risau lagi.. Penting pelajaran tak terabai

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^