Logo KBBA

SUASANA RAYA YANG BERBEZA TAHUN 2020

May 20, 2020



Selamat Pagi

salam 27 Ramadan 1441H, pejam celik..pejam celik ramadan kali ini dah hampir nak melabuhkan tirainya... tinggal lagi 3 hari sahaja lagi syawal bakal menjelma. dari mula awal ramadan lagi masing-masing dah sebut tentang raya kita yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini dek kerana Virus Covid 19. Sehingga hari ini Malaysia masih lagi dalam PKPB ( perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

Sesungguhnya tahun ini sangat mencabar di Uji dengan Virus yang sangat Dahsyat sehingga hampir satu dunia terpaksa membuat "Lockdown". Pintu-pintu sempadan negara di tutup , premis-premis perniagaan di tutup dan perintah berkurung dilaksanakan. Kebimbangan dengan penularan wabak ini membawa juga kepada penutupan sekolah-sekolah juga sehingga ke hari ini. Dan ramai juga yang telah terkorban.

TAK DAPAT PULANG BERHARI RAYA DI KAMPUNG HALAMAN

Raya yang berbeza kali ini paling ketara bila kerajaan memutuskan semua rakyat tidak di benarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman berhari raya. sedih? bagi aku untuk kebaikan semua kita kena korbankan juga raya tahun ini. Untung bagi yang tinggal dekat dengan keluarga dalam negeri yang sama . Insyallah kena pandang dari sudut yang positif. kalau umur panjang tahun hadapan boleh pulang ke kampung halaman. 

Untuk aku sekeluarga, alhamdulillah ayah aku duduk sebelah rumah je..bolehlah berhari raya bersama-sama.. cuma bezanya tiada aktiviti kunjung mengunjungi bagi memastikan tidak berlaku penularan wabak Covid19 ini. Cuma kali ini tak dapat pulang berhari raya di rumah keluarga mentua aku sahaja. En.Suami aku okay aje .

Anak-anak lah yang tak berapa nak faham lagi... bila bagitahu raya kali ini kita duduk di rumah sahaja.ada je soalan yang bermain di minda diaorang.  Kata mereka nak ke rumah jiran-jiran kumpul duit raya adehhh! ( dah pesan dekat anak-anak, jgn ke rumah jiran tahun depan je lah kumpul duit raya lain hehe) . Walaupun aktiviti ziarah menziarahi di dalam negeri yang sama di benarkan dengan had maksimum 20 Orang tetapi kita semua kena juga menjaga Jarak selamat. Kena patuh SOP dan sentiasa membasuh tangan. 


PERSIAPAN RAYA KAMI SEKELUARGA DI MUSIM PKPB

Untuk baju raya, tahun ini jimat sedikit aku beli online je sorang sepasang baju Melayu dan Kurung sahaja. Tiada jeans mahupun tshirst dan blouse baru. Aku tak nak risikokan diri ke Mall untuk membeli belah. Nanti lepas semuanya reda pun boleh je kalau nak membeli kan...kurangkan pergerakkan di luar. Sekarang pun aku keluar kalau kena bertugas sahaja..nak beli-beli barang pun masih ketua keluarga yang tolong carikan..aku kan ada anak kecil, jadi kerisauan aku dekat anak-anak sangat tinggi. Lebih baik cegah dari awal kan.

Kuih Raya pula macam biasa aku beli sahaja tahun ini, seminima yang boleh tapi dekat Enam jenis kuih juga weh! hahaha walaupun tiada aktiviti kunjung mengunjunggi suasana raya itu aku nak bagi adalah juga kesian dekat anak-anak kan...So, buatla juga sedikit persiapan juadah di pagi raya dan hidangan kuih raya.

DUIT RAYA ONLINE

Ohh ya, walaupun suasana hari raya berbeza tahun ini jangan lupa untuk sediakan juga duit raya Online untuk anak-anak sedara dan kawan-kawan terdekat. pasti tersenyum mereka. Anak aku pun dah dapat duit raya pertama online hehe..Terima kasih yang memberi. anak-anak aku tersenyum gembira... setiap duit yang masuk aku bgtau mereka kemudian masukkan duit dalam sampul nanti pagi raya senang nak bg dekat anak-anak hehehe.. duit raya bukan nak galakkan budaya meminta tetapi lebih kepada sedekah dan menghargai pemberian orang lain. korang kena terapkan lah nilai-nilai yang baik di sebalik duit raya macam budaya Menabung walaupun duit raya kali ini datangnya dalam bentuk ONLINE.

ok macam dah panjang pula membebal.. dah lama tak update blog cerita personal ginilah jadinya hahaha. ok lah SELAMAT HARI RAYA korang. Maafkan daku andai ada tersalah bicara terguris hati... Salam Kosong-Kosong ^_^


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. inshaAllah raya ke depan depan nanti kita boleh raikan dengan lebih meriah. aamiin

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^