Logo KBBA

PETUA HILANGKAN KEDUTAN BAWAH MATA

August 22, 2023

 Hai Semua,

    Sejak meningkat usia ini, aku akui kena lebih berikan perhatian pada penampilan. mungkin sesetengah orang tak kisah tapi bagi aku Yes! perlu extra care. Since aku tengah mencari petua untuk hilangkan kedutan di bawah mata jadi aku nak share sekali dengan korang.

Actually dah setahun aku ambik rawatan muka...sebab kulit aku dah ,mula naik jeragat , kering dan kusam. Alhamdulillah now makin batter. kulit makin moist sebab dah tahu cara penjagaan wajah yang lebih baik. Dulu aku tak berapa nak jaga sangat sebab ingat skin aku elor jer hahaha. rupanya kering kontang wehh. ..tak pernah pakai moisturizer & sunscreen. sekarang dah jadi teman sejati gitew hahaha

    By the way, kedut bawah mata adalah salah satu tanda penuaan yang sering cuba dielakkan, terutamanya wanita. Macam-macam cara hilangkan kedut bawah mata akan dicuba supaya kedut tidak keluar, atau berkurangan.

    Ada beberapa cara mudah yang boleh kita amalkan di rumah untuk hilangkan kedut bawah mata itu sebenarnya. Jika dilakukan secara konsisten akan menyebabkan diri kekal awet muda dari usia sebenar.

Amalan 1 : Jauhi Sinaran Matahari

Caranya : Pelbagai kajian telah mencatatkan kesan matahari terhadap kedutan di wajah. Sinaran matahari adalah penyebab nombor satu yang menyumbang kepada kekedutan. Dalam satu kajian oleh plastik surgeon di New York terhadap kembar seiras, salah satu kembar yang dapat exposure terhad kepada matahari nampak lebih muda, kurang kedutan dan lebih “youthful” berbanding kakak kembarnya yang suka terdedah kepada matahari!

Amalan 2 : Pakai Sunscreen!

Caranya : Sekiranya anda harus keluar rumah atau bekerja di bawah cuaca panas, pakai sunscreen yang sesuai untuk mengurangkan kesan sinaran matahari kepada kulit.

Amalan 3 : Amalkan “Grape Seed Oil”

Caranya : Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembabkan kulit, terutamnya untuk kulit di sekeliling mata dan juga untuk mengatasi masalah parut. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata ni.

Amalan 4 : Tidur yang Mencukupi

Caranya : Menurut pakar kulit dari Yale, Dr Perricone, hormon kortisol yang memusnahkan sel kulit akan lebih banyak dihasilkan oleh badan sekiranya badan tidak dapat tidur yang mencukupi. Sel kulit yang musnah akan lebih mudah berkedut, katanya, jadi tidur lah secukupnya. Tidur yang cukup juga akan mengelakkan badan dari sentiasa lesu.

Amalan 5 : Makan Lebih Soya

Caranya : Menurut WebMd, amalan pemakanan yang kaya dengan soya boleh membantu mengurangkan kesan matahari kepada kedutan wajah. Dalam satu kajian terbaru terhadap manusia yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition, pengambilan soya selama sekurang-kurangnya 6 bulan membantu memperbaiki tekstur kulit dan kedutan.

Amalan 6 : Berhenti Merokok!

Caranya : Sekiranya anda seorang perokok, kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok mengurangkan ke-elastik-an kulit, menyebabkan kedut lebih mudah untuk timbul dan lebih “visible!”

Amalan 7 : Pastikan Kawasan Bawah Mata Sentiasa Lembap

Caranya : Sama ada gunakan moisturizer dengan teknik sapuan yang betul, atau sekali-sekali gunakan terapi timun. Timun akan memberikan efek penyejukan kepada mata dan menyebabkan kedutan akan kurang kelihatan, dan mata akan nampak segar tanpa sembab.

Amalan 8 : Putih telur sebagai masker

Caranya : Ada juga amalan yang mengatakan sapuan sedikit putih telur sebagai masker di kawasan bawah mata boleh membantu menghilangkan kedutan.

Caranya : Selepas memecahkan telur, perasan kan masih ada buih-buih putih yang melekat di dalam kulit telur tu? Jangan buang! Calit dan sapu di kawasan sekitar mata yang berkedut dan bilas secepat mungkin sebaik sahaja putih telur kering. Putih telur mempunyai efek menegangkan kulit, jadi jangan biarkan mereka kering di bawah mata terlalu lama kerana kulit yang lembut di bawah mata boleh di”tarik” berlebihan dan menyebabkan eye-bag pulak nanti.

Amalan 9 : Jangan terlalu lama menghadap skrin gadjet

Caranya : Komputer, telefon bimbit, iPad, TV? Kajian menunjukkan masa yang terlalu lama di depan gajet-gajet ni akan meletihkan mata dan menyebabkan kedutan lebih mudah hadir. Jika perlu, ambil masa rehat selepas 30 – 60 minit menghadap gajet dengan memandang kehijauan atau memejamkan mata.


sumber : sini

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^