Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA SLOT LESTARY "PIA"

May 10, 2019

Drama bersiri bertajuk 'PIA' yang akan disiarkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Alif Satar, Zara Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly dan ramai lagi. Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Azman Yahya. Ditayangkan bermula 3 Mei 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Pia tv3


JUDUL : PIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Azman Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Pia
Alif Satar sebagai Zafran
Naim Daniel sebagai Budi
Azira Shafinaz sebagai Qis
Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
Badrul Muhayat sebagai Yusuf
Idzham Ismail sebagai Jibon
Izzat Mushtaq sebagai Dr Karl
Liza Rafar sebagai Kak Rose
Annie Mosha sebagai Zetie
Zalfa Zin sebagai Ninie
Fathil Dani sebagai Pak Long

LAGU TEMA
Naim Daniel - Sumpah

SINOPSIS DRAMA PIA 
Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah  pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.


Pia tv3

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^