//]]>

RESEPI MASAK LEMAK SAYUR SAWI

May 07, 2019

Semalam merupakan puasa pertama bagi kaisara. Jadi Aku bagi lah dia request special menu yang dia nak makan masa berbuka nanti. Macam aku jangka dia Request Masak lemak yang sememangnya bahan-bahan aku dah beli siap-siap hehehe.. Dia memang suka makan Masak Lemak walaupun sayur agak kurang tapi dia suka makan kuah lemak tu. sedap katanya..selain makan nasi berkuahkan gulai ikan nie juga di kira favorite makanan dia...

so kat sini aku nak kongsi dengan korang mudahnya memasak Masak lemak Sayur Sawi. Nanti trylah menu ini untuk anak-anak korang makan tak pedas sesuai untuk kanak-kanak.




BAHAN-BAHAN:

sawi hijau, basuh dan potong2kan (asingkan batang n daun)
sedikit carrot, potong serong
Telur @ isi ayam (potong halus)
Sohoon
bawang merah/besar
santan cair dan pekat
sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK: 

  1. Masukkan bawang merah/besar dan isi ayam dalam periuk berisi santan cair, masak atas api
  2. Masukkan carrot dan batang sawi, masak hingga lembut , kemudian pecahkan telur (waktu ini kecikkan api)
  3. Bila dah lembut carrot dan batang sawi, masukkan daun sawi
  4. Masukkan santan pekat (kena kacau sentiasa agar tak pecah santan)
  5. Masukkan Garam secukup rasa.
  6. Dah siap
S E L A M A T    M E N C U B A!


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^