//]]>

KISAH SAHUR PERTAMA 2019

May 06, 2019

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah di panjangkan usia bertemu lagi ramadan tahun ini...
Macam tahun-tahun sebelum ini

Nak kongsi kisah sahur pertama kami pagi tadi..Macam nak nangis pun ada. dah set time bangun kul 4 pagi. Setiap kali berpuasa memang wajib bangun sahur makan nasi hehe... aku kalau tak makan nasi boleh jer nak puasa tapi lembik tu mcm tak boleh nak buat apa2 hahaha

Plan dah baik-baik..tapi pagi tadi tak ada rezeki nak makan nasi rupanya....Nasi kami basi weh!! Adoi..memang silap aku lah kot lupa nak panaskan balik sebelum tido tu. kisahnya aku masak nasi tu awal....then tak jadi makan malam..so nak bawa ke sahur je..rupanya tak sempat...nak bersahur dah basi adeh!

Jadi bersahur lah kami dengan lauk dan bihun goreng aje. Sebelum tido aku dah siap masak Sup Ayam...Makan lah sup tu tanpa nasi huhuhu.... tapi tu lah nak masak Nasi macam lambat je nanti kesian lak kat anak-anak aku. diaorang nak tido balik.

Nasib baik bebudak request nak makan susu dan coco crunch Aje...fuhh settle rasa bersalah mama dekat korang 😅

Btw tahun NIE memang dah niat nak latih kakak Kaisara puasa penuh. Semoga kakak Kaisara dapat berpuasa dengan jayanya. Tahun NIE dah 8 tahun memang wajib lah puasa penuh kan kan..Adik? Cikgu bgatau dia masih berpuasa. alhamdulillah...try bagi puasa separuh hari dulu ...Go Go Chaiyokk! nak paksa macam kesian plak.



Nota : First puasa wajib juga masak untuk menu berbuka. Tengah mencari menu yang memikat hati hehehe (Azam nak kurangkan berat badan sempena puasa tahun ini harap menjadi hahaha)

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^