Logo KBBA

MENANTI BARANG SAMPAI DENGAN PENUH DEBARAN

February 14, 2021

Salam hujung minggu 

Hari ke 3 di tahun Baru china. Sesuatu yang agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Dengan PKP yang masih lagi berbaki 5 Hari, nak p mana pun Tak boleh wehh.... 

Akur dengan arahan kerajaan tahun ini memang Tak dapat nak spent time holiday semasa CNY... JUST STAY AT HOME. 

So, ada Masa sikit Hari ini aku nak menulis tentang DEBARAN menanti barangan sampai. Apalagi kalau bukan "shopping online" . Tunggu kurier hantar barang wei. Semua mesti tahu kan di saat VIRAL kes pekerja  syarikat kurier MOGOK aku pun mula di landa ke runsingan... 

Actually, aku dalam tempoh menanti barang sampai. ANTARA barang yang katagori Mahal JUGA lah Kali ini. Di celah-celah ini lah Depa buat mogokk lakk...kan. Aku pun jadi Tak keruan.... Dah la barang aku pun tengah ONTHeWAY...kaca pula tu huhuhu ( risau ) giler weii..

Tunggu...punya tungguu...alhamdulillah rezeki aku lah. Syukur barang sampai isnin minggu lepas dengan selamatnya... Tengok box pun masih elok. Dalam Hati sangat berharap semua nya okay. Lepas DEBARAN tu aku Tak tunggu lama terus bawah balik rumah zaaasss....buka kotakk! Taraaa....

Jam idaman Hati dah pun sampai.

Aku beli jam dinding. Jam ini Material kaca tapi Tak berat sangat. Dah lama usha nak jam mirror macam ini. Tanpa berlengah terus ajak en.suami Tolong tempek DEKAt dinding tu...hehe.  Jam ni aku tempah DEKAt Kawan. kalau barangan berharga macam ni aku selalu oder DEKAt dia. Sama macam "swing chair" aku itu DEKAt 8 tahun dah masih berjasa..kualiti terbaik.

aku kalau beli barang kaca, cermin atau perabot macam ni memang pikir 10x...kalau ada Kedai terdekat jual ak pilih beli di Kedai lagi Tapi dah berkenan sangat aku beli lah JUGA online...pejam mata gituw...3 bulan JUGA menabung nak cukupkan duit hahaha. Mau sampai pecah berderai hancusss lah hatiku...(bayangkan sebagimana situasi penerima yang ramai telah terima parcel tp barang dalamnya dah hilang/bertukar Rupa/rosak..fuhh sentap2 weii..) Tak baik tau korang yang di amanahkan bekerja buat naya DEKAt pelanggan macam itu huh! 

Bila kes viral pasal syarikat penghantaran tu aku Sebagai pelanggan mula hilang keyakinan nak guna perkhidmatn mereka. Since Kita masih ada banyak lagi pilihan syarikat penghantaran kenapa nak pilih yang bermasalah. Even cepat tapi Tak menjamin keselamatan barangan Kita aku rasa korang pun tahu buat pilihan kan...Jadilah pelanggan yang bijak.


** Btw tq rupanya barangan aku dari gdex 🤗

You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. canti! alhamdulillah sampai dengan selamat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat jugak barang. Memang boleh naikkan debaran setiap kali beli barang online ditengah kekecohan kurier.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Yang ditunggu2 dan sampai dengan selamat

    ReplyDelete
  4. Cantik betul jam dinding tu..Nasib baik sampai denagn selamat ye. Terus lawa ruang tamu

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^