EMAS TURUN HARGA LAGI

February 27, 2021


Salam hujung minggu 

Emas TURUN HARGA wei! Betul ke? Sana sini Tengok orang dok beratur MEMBELI emas. Betul ke emas TURUN? Perlu Tak MEMBELI emas di Masa sekarang?

Soalan-soalan macam ini mesti bermain di fikiran korang sekarang kan? Macam itu juga aku. Dalam ramai-ramai yang teerkesan akibat covid, ramai juga yang ambil peluang melabur dengan MEMBELI emas.

Aku lihat senario ni berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Mungkin ada lebihan simpan itu yang diaorang sentiasa MEMBELI emas.


Hati Tak kuat! Hari ini aku pun terjebak sekali berbelanja di Kedai emas huhu. Alhamdulillah encik suami belanja. Tak ada pun dalam plan nak beli sbb last month dah beli sebentuk cincin dan seutas rantai leher. Rezeki minggu ni. 

Tahun ini jatuh Hati pula dengan Kedai emas SERI arau. Pekerja yang ramah sangat dan hrga emas yang agak murah. Hari ini RM224/gram. Tahun ni dah kali ke dua singgah di situ. Kedai dia aku Tengok orang menang sentiasa ramai. Barangan kemas dia pun up to date dari yang kecik sehinggalah yang besar. Sampai Tak tahu nak pilih yang Mana satu. Rambang mata hahaha

Perlu ke MEMBELI emas di waktu sekarang ? Pada aku Tak salah pun melabur sikit untuk emas. Kalau punya wang belanja yang lebih apa salahnya kan. Emas tengah turun sekarang inilah Masa yang terbaik MEMBELI. Kalau korang ada niat nak jual time emas murah ni rugi lah sikit kan ...so simpan dulu. Betul orang kata nak beli emas ni kena ada ilmu. Jadi berbelanja lah secara berhemah. Lepas ni kena pulun kumpul duit lagi. Ken simpan tabung untuk beli emas lagi hahaha 🤣




You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^