HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BERSEMUKA 2021: KALIFF RIZQI DARJAH 2

March 03, 2021

Selamat pagi

01 Mac 2021 merupakan Hari PERTAMA persekolahan di buka kembali untuk tahun 2021. Selepas KPM membuat pengumuman beberapa minggu yang lalu. yeahhh...Akhirnya sekolah di buka juga, Selepas 2 bulan menjalani PDPR di sebabkan pendemik covid 19 yang masih lagi aktif di Malaysia. Dengan PKP yang masih lagi dilanjutkan di beberapa buah negeri.

Ramai parents akhirnya akur dengan keputusan KPM . Nak biarkan anak-anak belajar di rumah ofcos memudahkn bagi parents yang bekerja sendiri atau ibu yang suri rumah. Tapi bagi parents yang kedua-dunya mempunyai tuntutan kerja agak sukar, macam aku. strugle dengan dua beradik bersekolah dan adiknya pula memerlukan bimbingan kursus almaklumlah tahun ini baru darjah 2. Nasib baik kakak boleh berdikari. Alhamdulillah PDPR berjalan lancar juga walaupun aku seorang ibu yang bekerja. Setiap masa itu memang sangat beharga.

Pembukaan sekolah pada 1 mac 2021 membabitkan pelajar Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja, Manakala tahun 3 - 6 dan sekolah menengah akan bermula pada minggu hadapan 8 Mac 2021. Aku rasa ini adalah langkah yang terbaik untuk semua. Bagi ruang kepada pelajar-pelajar baru dahulu. Hari pertama persekolahan yang paling teruja pastilah Ibubapa yang menghantar anak di Prasekolah dan tahun 1. Pengalaman pertama untuk anak-anak melangkah ke alam persekolah boleh la nampak ragam mak ayah yang macam sukar nak lepaskan anak-anak gitew.

Aku rileks-rileks aje..kasi can lah dekat parents tahun satu sebab #kaliffrizqi dah pun masuk darjah 2 tahun ini. Dia dah biasa dengan suasana sekolah. Hantar dia tepi-tepi pagar je.  Walaupun begitu, sebelum ke sekolah macam biasa mak-mak ini memang banyak amanat yang nak di sampaikan. bagi peringatan dekat anak-anak bab makan, SOP, dan pergaulan dengan kawan-kawan dan Paling penting pemakaian Mask. 

 

Hari pertama Jam 7.20 pagi

Walaupun ramai SOP still terjaga. Parents cuma hantar setakat pintu pagar sahaja

Dekat sini aku nak kongsikan juga bab waktu rehat sekolah anak aku. Lain sekolah mungkin lain lah kan SOP. Sekolah kaliff tahun ini dah boleh beli makan di kantin. Kantin akan jual makanan set combo sekali minuman. Cikgu-cikgu akan iringi pelajar ke kantin membeli dan kemudian balik ke kelas dan makan di tempat masing-masing. Macam kaliff hari ni dah hari ke-3, aku bekalkan makanan untuk dia. alhamduulillah ada masa untuk siapkan dan yang penting mood nak masak masih ada hahaha. Actually aku still bekalkan juga duit incase dia teringin nak membeli...tapi bila dia tak membeli boleh didik dia menabung. so, balik sekolah boleh simpan duit dalam tabung. 

Beli makanan Waktu Rehat di kantin #kaliffdarjahdua

ok nanti sambung lagi story #kaliffrizqi


Semoga anak-anak kita dilindungi dan berjaya menimba ilmu dengan baik :)




You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. hye mummy permata biru.. semangat betul anak2 nak sekolah ye... parents pun bertambah semangat.

    ReplyDelete
  2. Best tengok ragam anak2 sekolah 2021 ni..berani dan happy je

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kalau school dah reopen, kena jaga SOP and belajar rajin rajin ya dik.

    ReplyDelete
  4. Da masuk sekolah dah anak kawan-kawan.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^