Logo KBBA

KEHILANGAN YANG DI RASAI

November 04, 2020

Welcome November 2020

Coretan hari ini sebagai mengingati sesuatu yang agak menyedihkan aku sefamily. Tanggal 18 Oktober 2020 Perginya Abang Ipar aku menghadap Ilahi...

Allahu...tak tahu nak gambar macam mana perasaan.

Abang ipar hujung sekali ( lebai putih )
Time nie Raya terakhir kami berkumpul sama-sama
2018 - masa nie turn raya umah abah di Perlis (Raya Aidlfitri)

Sepatutnya tahun nie 2020 Turn raya di perlis tapi keadaan kesihatan dia tak mengizinkan sebulan sepanjang Ramadan dia warded... Pagi raya pun masih di wad sahaja. Kakak kandung aku kini kesorangan bersama dua orang cahaya mata mereka. Anak pertama berusia 6 tahun dan kedua 4 tahun...kecil lagi. Abang ipar aku mula sakit pada Mei 2020 yang lalu. Kali terakhir dia balik kampung Bulan Februari yang lalu sebelum PKP, Time tu aku buat Majlis Aqiqah Keisha ... itulah terakhir kami jumpa semasa dia masih sihat...

Kami sekeluarga sempat juga bertemu dia seminggu sebelum dia meninggal dunia. Ingatkan dah kuat dan sembuh..rupanya tu kali terakhir kami berjumpa...Allah lebih Sayangkan dia :'( 
( Alfatihah untuk arwah)

Doakan Kakak aku tabah dan sabar menghadapi Ujian ini...

**februari 2020 juga kami kehilangan adik ipar aku ( adik kandung suami ), meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam paru-paru... Alfatihah untuk arwah.

2020 yang mendukacitakan :(

You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Al-Fatihah untuk arwah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. inna lillahi wa inna ilaihi rojiun...

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailahirajiun, semoga roh arwah dicucuri rahmat. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

    ReplyDelete
  5. Allahuakhbar. Takziah atas kehilangan ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi hari2 akan datang.
    Alfatihah (dibaca) untuk arwah.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^