Logo KBBA

KEMPEN ZAKAT SAHAM 2020 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

November 25, 2020

Jom korang sertai kempen zakat saham yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Kempen bermula pada 15 September - 30 November 2020. Haa nak bagi tau nie Zakat Selangor sedang mengadakan Kempen Zakat Saham yang mana kalau anda yang bertuah boleh memenagi hadiah Istimewa dari Lembaga zakat Selangor.

ZAKAT terbahagi kepada beberapa katagori. Yang biasa kita dengar pastilah zakat fitrah dan zakat pedapatan kan. Kalau korang nak tahu ada lagi pecahan zakat seperti zakat harta, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, dan sebagainya.  Namun, sebagai umat Islam, kita juga perlu tahu sebenarnya wujud zakat saham dan zakat pelaburan. Aku pon sebenarnya kurang pengetahuan  berkaitan berkaitan dengan zakat saham dan zakat pelaburan ini. Tapi Sekarang ini korag perasan tak ramai yang menceburi pasaran saham kat malaysia ni...dibursa saham, haaa yang tu pun kene zakat jugak tau.  Jadi inilah peluang korang yang mana nak membayar zakat  melalui kempen zakat saham. Jadi, sempena dengan kempen zakat saham 2020 yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, aku nak ajak korang semua untuk turut serta bersama. Macam mana nak nak sertai ? Baca post ini sampai habis yer...

Syarat Penyertaan "KEMPEN ZAKAT SAHAM 2020"

  1. Terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja.
  2. Wargakerja LZS tidak layak menyertai kempen ini.
  3. Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta dengan jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
  4. Tempoh kempen bermula 15 September hingga 30 November 2020
  5. Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan

Cara Penyertaan Kempen Zakat Saham 2020 Lembaga Zakat Selangor

Kempen zakat saham 2020 yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor telah bermula sejak 15hb September 2020 sehingga 30hb November 2020.  Cara penyertaan kempen zakat saham 2020 adalah melalui tiga langkah penting sahaja.  Sangat mudah cara penyertaan kempen zakat saham ini.  Jom saya tunjuk kan cara penyertaannya di bawah ini:

1. Buat bayaran zakat saham melalui salah satu platform berikut; 

2. Selepas membuat bayaran zakat saham, korang boleh imbas kod yang diberikan seperti dalam gambar okay.  Kalau tidak pon, korang masih boleh untuk terus layari laman berikut;  bit.ly/zakatsaham20202

3. Langkah terakhir adalah jawab soalan mudah yang telah disediakan.  Kemudian, bolehlah korang lengkapkan maklumat diri yang diminta.

Hadiah Istimewa Menanti Bakal Pembayar Zakat Saham Bertuah 

Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai sehingga RM1000. okay! Apa yang menariknya kempen zakat saham tahun 2020 ini adalah, Lembaga Zakat Selangor menawarkan hadiah menarik untuk pembayar zakat tau.  Hadiah istimewa menanti para bakal pembayar zakat saham yang bertuah pada tahun 2020 adalah seperti berikut;

  • Hadiah Utama: Seunit Telefon Bimbit bernilai RM1,000
  • Hadiah Kedua: Seunit Tablet bernilai RM600
  • Hadiah Ketiga: 3X Baucar AEON bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati: 5X Cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor

**********************


ZAKAT SAHAM

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut:

  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  3. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.
Siapa Wajib Bayar Zakat Saham?
Pemilik saham dan pelaburan di Pasaran Modal iaitu Syarikat dan Individu

Syarat Wajib Zakat Saham Dan Pelaburan

i. Islam

ii. Milik Sempurna

iii. Cukup Haul

iv. Cukup Nisab

v. Halal

vi. Milik Pihak tertentu

**Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.

Pengiraan Zakat Saham 

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.  

Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

  1. Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
  2. Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000

Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%

Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500


Anda boleh buat pengiraan zakat pelaburan di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/


Untuk Maklumat Lanjut boleh klik link di bawah :

Laman Web:  www.zakatselangor.com.my

Facebook: zakatselangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: zakatselangor

Telefon: 1 300 88 4343


You Might Also Like

8 pesanan ditinggalkan

  1. bagus ada kempen mcm ni..zakat pendapatan mmg online je dgn lzs ni

    ReplyDelete
  2. Wah baru tau ade zakat saham. Bagus sgt ni

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dini dengar zakat saham. Sebelum ni tak cakna. Thank you sharing 😊

    ReplyDelete
  4. bgs buat kempen nie bru org ad kesedarn nk byr zakat

    ReplyDelete
  5. Selama ni kita tahu zakat harta zakat fidyah zakat emas perak dan beberapa zakat yang lain lagi. Zakat Saham ni tak berapa tahu sangat. Alhamdulillah bila dapat baca perkongsian info macam ni boleh la tambah pengetahuan

    ReplyDelete
  6. Bila dah bayar zakat, baru rezeki berkat.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^