Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN SLOT AKASIA

October 05, 2020



Drama bersiri 'Ryan Aralyn' menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama terbitan Qaisworks Production, dibawah arahan Riza Baharudin. Telah menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 25 September 2020.

JUDUL : RYAN ARALYN

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : Panel Skrip Qaisworks Sdn Bhd

PENGARAH : Riza Baharudin 

PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd

PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil, Bazly Hanif, Maria Wati, Nabil Aqil, Rizal Yum, Numan Mohd Salleh, Rashimah Bee, Hashim Osman, Umakhaiie


WATAK PELAKON 

Zul Ariffin sebagai Ryan

Raysha Rizrose sebagai Aralyn

Fify Azmi sebagai Hanis

Shah Iskandar sebagai Zarul

Kodi Rasheed sebagai Allif

Raja Azura sebagai Kak Ruby

Arash Mohd sebagai Malek

Aishah Atan sebagai Nora

Sharifah Husna sebagai Doweena

Bazly Hanif sebagai Shakir

Ummar Dzariff sebagai Amir

Maria Wati sebagai Nenek Salmah 

Nabil Aqil sebagai Remy 

Rizal Yum sebagai Tokey 

Numan Mohd Salleh sebagai Abang Noh 

Rashimah Bee seabgai Mak Zarul 

Hashim Osman sebagai Ayah Zarul 

Umakhairie seabgai Umar


LAGU TEMA / OST 

Andi Bernadee - Penat

Caliph Buskers - Manusia 

Aepul Roza & Sarah Suhairi - Entah Apa

Ezad Lazim  - Leka

Danial - Kutak Rela


SINOPSIS:

Mengisahkan Kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, anaknya Amir dan perangai isterinya Hanis (Fify Azmi) yang keras kepala dan tidak menghormatinya. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Ryan seorang yang baik hati, rajin bekerja dan disenangi penduduk kampung. Manakala Hanis pula tidak berasa bahagia walaupun mendapat suami sebaik Ryan. Hanis sangat liar dan sukar dikawal, suatu hari Hanis mendapati dirinya mengandung. Ryan ragu - ragu dengan kandungan Hanis itu dan yakin yang anak itu bukan anaknya. Malah perkahwinan Ryan dan Hanis sebelum ini juga bukan atas kerelaan Ryan. Hanis sengaja memerangkap Ryan untuk dijadikan pak sanggup untuk berkahwin dengannya kerana dia telah pun mengandung ketika itu. Walaupun Amir bukan anak kandungnya, Ryan tetap menjaga dan menyayangi Amir sepenuh hati. 

Kak Ruby (Raja Azura) bersimpati dengan nasib Ryan dan cuba menolong apa yang boleh. Aralyn (Raysha Rizrose) dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan begitu teruja merancang perkahwinannya dengan Zarul (Shah Iskandar). Namun Zarul sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin dan sentiasa mahu berpoya - poya dan enjoy dengan kehidupan bujangnya. Mak Aralyn iaitu Puan Nora  (Aishah Atan) berasa tidak sedap hati dengan perangai Zarul itu dan cuba menasihati anaknya itu. Namun Aralyn sangat mempercayai Zarul dan yakin Zarul akan menjadi suami yang terbaik untuknya. Satu kemalangan telah berlaku antara Aralyn dan Ryan yang telah menyebabkan Aralyn menjadi lumpuh. Mereka kemudiannya dipertemukan semula namun kebenaran terus dipendam oleh Ryan. Mampukan resah ini diluahkan demi cinta. Apa yang berlaku seterusnya?


Tak sabar menanti kisah selanjutnya, gandingan 2 pelakon utama yang berbakat. Jalan cerita yang menarik. so far aku tak miss lagi menonton drama ini...Selamat Menonton semua heee


You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Akak ikut juga drama ni. Geram dengan ‘si owang’, suka Kak Ruby sanggup redah KL nak tolong Ryan 😊

    ReplyDelete
  2. Layan juga drama ni.. memang tertunggu-tunggu juga episode nya tu

    ReplyDelete
  3. skrg saya dengan wife memang tengah layan drama ni..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^