Logo KBBA

Beli Drawer chest ala IKEA dalam Shopee

October 14, 2020

Hai all...Hari ini nk story kisah sebulan yang lalu..ehh mungkin dah 2 bulan kot hahaha...lambatkan story aku update...ya ampunnn...!

Just nak share aku ada beli drawer chest warna putih ala-ala Ikea. Kenapa apa kata ala-ala Ikea? Sebab aku tak beli dekat Ikea pun ...haha Aku beli dalam shopee.

Tapi kalau tengok mesti orang ingat Ikea punya. Sama sebiji maybe material je lain kot. saiz pun maybe kecik sedikit . Drawer chest ini aku belikan untuk our new baby Nur Keisha Irdina . Harga dia tak sampai pun RM200 . dah lupa pulakkk hahahha... So aku beli Drawer Chest ini untuk letak baju-baju Keisha kat dalam tu. Aku pilih yang 4 laci bertingkat. Harap-harap muatlah baju keisha nanti hehehe

Since dia pun dah melonjak usia 7 bulan sekarang kain baju pun dah makin bertambah. Dah tak muat nak letak dalam trolly putih tu makanya aku nak tukarkan ke dalam Drawer Chest pula...Drawer Chest ini aku letak dalam bilik Utama, bilik aku lah senang nak ambil dan simpan. Aku sengaja nak letak baju-baju dia dalam drawer chest macam ini untuk jimatkan ruang Bilik Tidur Utama. Almari banyak-banyak kang semak pula mata memandang huhuhu...Nak tumpang almari mamanya pun dah Full dengan baju aku je hehehe. Dengan konsep minimalis giteww..beli jelah Drawer Chest ini...lagipun baju keisha pun tak banyak mana sangat lagi..

Mudah ke nak pasang sendiri?

Masa oder ari tu aku memang tak terpikir pun bab pemasangan. Sebabnya En. Husband aku boleh je buat kerja tukang-tukang nie... alatan pun ada je tapi tak sangka pula berpeluh juga nak pasang wehh. Mungkin sebab First time nak pasang tak pandai lagi. Di tambah pula dengan kertas cara-cara pemasangan itu yang agak sukar untuk di fahami.

Lepas itu kami rujuk cara pemasangan Chest Drawer ini dalam Youtube. Syukur ada... membantu lah juga. dan akhirnya siap di pasang selepas Satu Jam Setengah ... yeaaahh! thank you en. husband...

Oder dekat shopee je..barang sampai dekat office. Mujur muat-muat je
letak dalam kereta axia nak bawa balik rumah hahaha

En.husband ajak pasang dekat luar rumah je...
nak ambik space besar katanya

sekali berpeluh juga ketiakk nak siapkan pasang chest drawer nie
susah lah juga! 



Akhirnya siap juga pasang...cantikkk sangat
4 tier chest drawer ala-ala ikea...

Lepas dah siap pasang aku transfer je baju-baju keisha ke dalam drawer chest tu. Alhamdulillah muat je baju dia.. So trolly itu aku tengah pikir nak letak dekat Dapur pula. Nak letak apa belum di putuskan lagi hehehe...So far aku berpuas hati dengan Drawer Chest ini...

Next aku dalam usaha nak ubah suai bilik utama. Nak pasang lantai Vynil Floor dalam bilik. Dekat ruang tamu almost 1 years aku pasang still Okay dan lawa je lagi...sebab tu proceed untuk Bilik Utama pula.Aku pilih design & colour yang sama jer....Actually Dah lama beli cuma tak dak masa lagi nak pasang + en. husband yang always busy lately ni...Vynil Floor tu pun aku beli dalam shopee juga :).

Insyallah ada masa nanti aku update lagi story pasal #rumahkami dalam blog ini untuk tatapan masa hadapan...

You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. cantek! IQ pun plan nak beli drawer mcm ni utk luqman tapi kena fikir dulu.

    ReplyDelete
  2. ada beli drawer ni kat ikea.. pasang nak dekat 2 jam.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Waah keren desain lemarinya niih ..., mirip dengan keluaran ikea.

    Aku juga lemari model begitu karena selain keren juga simpel.

    ReplyDelete
  4. Dulu ada drawer camtu sebijik kat Perlis, lepas tersangkut PKP kat Johor balik tengok anai-anai buat istana dah 😢

    ReplyDelete
  5. Cantik! Memang nampak macam beli kat IKEA.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Setakat ini macam mana keadaan chest drawer ni? Ada katankurang kukuh berbanding ikea

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^