BAWA ANAK-ANAK TENGOK WAYANG : EJEN ALI THE MOVIE

December 09, 2019


Last week aku & mr.busband decice untuk ambik sedikit masa yang ada untuk bawa anak-anak aku menonton wayang cerita EJEN ALI THE MOVIE. Tahu-tahu je lah cuti sekolah kan. Anak-anak asyik tengok je iklan dekat tv tu...lepas itu ajak spent masa together Menonton Wayang.... Malangnya bulan Disember adalah bulan yang paling sibuk untuk kami suami/isteri...Cuti pun dah abis en.husband pula kerja nonstop bulan ini...huhuhu. Kesian kaisara & kaliff plan nak gi bercuti pun IDEA tak keluar-keluar lagi sebab tak ada date yang sesuai. 

So, kesempatan yang ada walaupun last minute plan...Terkejar-kejar masa. sampai rumah pun dah lewat keesokannya nak pergi kerja lagi ku gagahkan diri jua hehe ( sebenarnya risau juga nak menonton wayang takut aku tak selesa duduk lama-lama almaklum lah perut dah 7 bulan . alhamdulillah semuanya ok jer..lenguh sikit je...). Dapat lah juga bawa diaorang tengok Movie nie. Macam biasa kami pergi menonto hari RABU. Dekat perlis nie pula mana ada Panggung Wayang. Yang paling Hampir pun dekat JITRA. Mr.Husband pula memang hari-hari ulang alik Alor setar- perlis. Kesian dia.. Sampai jer rumah Around kul 8 kami bertolak terus ke Jitra Mall. Jarak Perjalanan lebih kurang 40 Minit. Memang sampai pun Ngam-ngam dengan waktu tayangan. sebab tak nak ambik tayangan lewat. Masa beratur beli tiket Jam dah menunjukkan Pukul 9 malam. Orang ramai giler..Nak beli tiket plak 1 kaunter je buka. REDHA je lah masuk panggung lewat 5 Minit. 

Masa ini dah Cerdik sikit, masa MR.husband beratur beli tiket, kami berlari beli PopCORN & AIR siap-siap. Tak nak jadi macam hari tu tak sempat beli apa-apa. Tgk wayang dalam kelaparan hahahaha...Sweet Moment untuk anak-anak aku giteww! hehe

SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE:

FIlem ini mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo,gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

               


nota : Pada aku Best jalan cerita yang menarik.. tak bosan..ada unsur kekeluargaan sikit, kasih sayang anak pada emaknya..rinduuu..adalah nilai2 & mesej yang di sampaikan itu bagus...walaupun aku First time layan Ejen Ali hahaha...Kaliff petah bercerita dekat sebelah setiap watak yang ada dekat aku hihi. Dia memang peminat Ejen Ali the series dekat TV tu...selalu tengok!



next movie please papa! ( kata kaisara & kaliff )^_^



You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. hujung tahun nih banyak gila movie baru keluar, sampai xtaw mana 1 nak tgk hahahaha..

    ReplyDelete
  2. Ramai yg bg review menarik ejen ali ni.mesti anak anak pun suka.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^