Logo KBBA

KALIFF KENA CHIKEN POX

July 14, 2018

salam hujung minggu semua. ambik masa sedikit hari ini untuk menulis coretan perihal si bujang saya #kaliffrizqi. hari ini Day-5 kaliff kena chiken pox. Alhamdulillah bekerja sebagai kakitangan awam nie dapatlah aku gunakan Cuti kuarantin selama 5 hari kemudahan yang di berikan untuk mak/ayah menjaga anak-anak yang terkena penyakit berjangkit macam chiken pox ini.


APA ITU CHIKEN POX ?
chicken pox merupakan jangkitan virus yang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ruam dan juga demam. Ia juga dikenali sebagai cacar air kerana ruam tersebut akan menghasilkan gelembung yang mengandungi air. Sentuhan kepada cecair yang tercemar dengan virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan chicken pox kepada orang lain.
Tetapi majoriti daripada jangkitan chicken pox adalah melalui titisan air yang terhasil daripada pesakit yang sedang batuk mahupun bersin.
Kebanyakkan pesakit chicken pox selalunya melibatkan kanak-kanak. Lebih daripada 90% pesakit chicken pox terdiri daripada kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun
Penyakit ini selalunya tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya. Tetapi bagi mereka yang sudah dewasa dan juga mengalami masalah lemah sistem imun, mereka mungkin akan mendapat komplikasi daripada jangkitan kuman tersebut.

Di US, pemberian vaksin sudah dimulakan pada tahun 1995. Ini menyebabkan insiden penyakit chicken pox semakin kurang dengan banyaknya.

TANDA-TANDA AWAL CHIKEN POX

Simptom- Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit chicken pox adalah:

  1. Demam yang diikuti dengan ruam cacar pada kulit
  2. Ruam yang bermula daripada kepala dan bahagian atas badan
  3. Sakit kepala
  4. Rasa letih
  5. Batuk dan selesema
  6. Sakit tekak
Macam kaliff memula aku memang tak perasan pun sebab dia tak demam. Cuma tetiba jer dah terperasan sebiji cacar air dekat kawasan muka dia. Dalam hati dah mula tak sedap nampak macam biji campak..tapi aku cuba positif mungkin binatang gigit, semut or gatal jer..Tapi bila masuk hari kedua dah jadi 3 biji aku terus ajak en. hubby jumpa doktor. Nak sahkan? rupanya betul la Chiken Pox -_-. Aku risau sangat sebab tak de lagi pengalaman anak kena chiken pox nie, walaupun kaisara pernah jadi dulu 2x demam campak, tapi kali ini lain sedikit sebab besar dan berair. Masa kaisara demam campak dlu dia jadi campak sekam sahaja macam biji-biji ruam yang memenuhi satu badan.


Beberapa cara dan rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  1. Selalu mandi supaya kegatalan dapat dikurangkan.
  2. Penggunaan losyen calamine
  3. Pengambilan ubat anti histamine seperti diphendyramine, cetrizine dan loratidine
  4. Kadang-kadang chicken pox juga boleh menyebabkan kehadiran ulcer di dalam mulut menyebabkan kanak-kanak kurang minum air. Ini menyebabkan keadaan dihidrasi kepada pesakit

Beberapa cara yang kita boleh buat  untuk mengatasi masalah ini adalah:

  1. Pemberian aiskrim. Aiskrim diberi untuk menyejukkan kawasan ulcer supaya kesakitan dapat dikurangkan. Apabila kanak-kanak itu merasa kurang sakit, barulah dia akan mula makan dan minum.
  2. Penggunaan ubat titis yang boleh mengurangkan rasa sakit. Anda boleh dapatkan ubat titis bagi ulcer di farmasi mahupun di klinik yang berdekatan.
Beberapa perkara yang ahli keluarga perlu tahu ketika mana merawat pesakit yang mengalami masalah chicken pox. Ianya adalah:

  1. Keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox perlulah selalu memandikan mereka untuk mengurangkan rasa gatal dan mengelakkan jangkitan bakteria sekunder pada ruam yang digaru.
  2. Untuk mengelakkan ruam itu luka ketika digaru, kuku perlulah dipotong supaya pendek. Pemakaian sarung tangan juga membantu
  3. Penggunaan ubat untuk mengurangkan rasa gatal pada kulit diperbolehkan
  4. Mereka yang mempunyai chicken pox perlulah menghindari daripada wanita yang sedang mengandung dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun.
  5. Tidak boleh hantar ke tadika. Ini kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak lain mendapat jangkitan kuman yang sama
Ibubapa yang mempunyai anak chicken pox perlu membawa mereka ke hospital jika

  • Kemerahan, bengkak dan sakit pada ruam
  • Kurang minum air
  • Kurang buang air kecil
  • Konfius, berterusan menangis
  • Tidak boleh berjalan seperti biasa
  • Sakit kepala yang teruk, leher yang keras
  • Muntah yang berterusan
  • Demam yang berterusan lebih daripada 3 hari
  • Keadaan pesakit yang bertambah teruk
selain, perkara-perkara di atas, aku dapatkan juga penawar kampung, amalan petua penjagaan makanan (makan berpantang) dan elakkan terkena hujan. aku on antibiotik yang doktor bagi juga. So Far kaliff tak de lagi demam panas, badan dia suam-suam sahaja. Alhamdulillah hari ini hari ke 5 chiken pox kaliff dah nampak semakin kering... dah keluar sampai ke kaki dan dalam mulut pun makin okay. selama 3 hari ini aku masakkan moi & sup supaya mudah dia makan dan hadam. risau juga takut dia tak lalu makan...tapi aku tengok ok jer..air memang aku paksa minum sbb tak nak dia dihidrasi...ajak dia berkampung dalam rumah sahaja main sama-sama  dengan dia, mandikan dia dan asingkan pakaian dan tempat tidur semantara waktu (nak elak berjangkit).

Ya Allah, Ya tuhanku kau sembuhkan lah sakit anak ku ini. Amin

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. teringat dulu masa kecik2 kena chicken pox.huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. baru tahu boleh mandi selalu sebab masa kecik dulu mak tak bagi mandi sebab demam tak elok mandi sangat supaya badan berpeluh

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^