Logo KBBA

KAISARA TAHUN 1 : RESULT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

July 09, 2018

Nak kongsi kisah Kaisara macam dah lama jer tak berceritakan. Minggu lepas hari jumaat 06 Julai 2018, sekolah kaisara adakan hari bertemu parents  untuk sain rekod peperiksaan pertengahan tahun.Alhamdulillah timing kali nie okay cikgu sekolah buat hari jumaat makanya kali ini papa kaisara yang attend untuk berjumpa cikgu kelas...sebab hari jumaat mr.husband saya mmg cuti.



sebenarnya tak ada beza pun mak atau ayah yang hadir kan? tapi aku nak kaisara rasa juga papa dia pun ambil berat bab pembelajaran dia. so nak bagi fair kali ini mr.hubby yang pergi sain dan jumpa cikgu kelas kaisara (muka ada senyum lah) . Aku pun ikut sekali tapi part sain bagi ayahnya pula hihi

Alhamdulillah tak sangka pula kaisara dapat Tempat ke-2 di dalam kelasnya. Kalau masa peperiksaan kali pertama hari itu dia dapat No 5 kira kali ini ada peningkatan yang memberangsangkan. walaupun persaingan dari segi peratusan tak banyak beza & kedudukan di dalam darjah dia dapat no 3 dah mampu buat aku tersenyum (rupanya macam nie la mak-mak kita dlu berasa bangga dengan pencapaian anak-anak kan )(aku tengah laluinya ^_^)

Dalam kereta lepas tengok result dia terus pesan "Kakak kalau nak berjaya kena usaha lebih lagi"kalau tak faham tanya jangan duduk diam tau, tanya cikgu ". sekolah kaisara nie katogori pinggir bandar  walaupun masih dalam bandar kangar iyelah perlis ni kan  kecil sahaja. Macam sekolah kaisara tahun satu ada 2 kelas sahaja. Pelajar ada dalam 35 orang jer. Persaingan tu tak delah sengit sangat dan Aku rasa sekolah macam kaisara nie pun mampu melahirkan pelajar yang cemerlang kalau kena dengan teknik pembelajaran yang di sampaikan oleh cikgu-cikgu. 
Jauh lagi perjalanan kaisara di sekolah rendah nie, Semoga Kaisara terus cemerlang ^_^

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. wahh, tahniah kaisara.. good girl sangat. mesti best kan perasaan bila anak2 berjaya..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kaisara dan semoga terus berjaya...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^