Logo KBBA

MINYAK YU YEE CAP LIMAU

December 31, 2016

hai selamat pagi u'oulss

sapa yang tak pernah dengar pasal Minyak Yu Yee cap limau
(angkat tangan)
tipu lah kan kalau para ibu-ibu kat luar sana tak tahu
sebab produk ni dah lama di gunakan
sejak zaman berzaman
dari zaman nenek-nenek PB lagi rasanya





aku memang suka bau minyak ni
kalau tgk baby lepas mandi jer..
ada  yang pakai minyak yu yee ni 
aku mmg rasa nak cium je baby tu..hehehe

 Minyak Yu Yee ni sesuai untuk kegunaan si kecil anda
teringat pula kenangan dulu masa nak dapat anak pertama
antara barang yang aku masukkan dalam list senarai keperluan bayi
semestinya minyak yu yee ni..heee

kaliff pun suka pakai

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi :
  
 peppermint oil..................36.0 % w/v
 Clove Oil............................2.6 % w/v
 Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v
Light Liquid Paraffin..........q.s 100%



kegunaan: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema.

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan.

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang  sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan:
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Minyak Yu Yee Cap Limau yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. ini biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dan juga selesema.

boleh dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau farmasi yang berdekatan anda dengan harga serendah RM9 sahaja. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan harga berpatutan serendah RM9 atau mengikut saiz yang ditawarkan iaitu:

Minyak Yu Yee 10ml
Minyak Yu Yee 22ml
Minyak Yu Yee 48ml

untuk itu, aku memag syokan kat korang untuk gunakan minyak yu yee

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^