Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA l SURAH BUAT MAISARAH

August 24, 2016

Syatilla Syukri


Sinopsis drama Surah Buat Maisarah, sebuah drama yang mengisahkan mengenai seorang gadis melayu yang mengagungkan budaya barat, iaitu Maisarah (Syatila Melvin). Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. 

Sara terpaksa pulang ke Malaysia, kerana ayahnya Dato’ Mustafa tidak suka dengan cara hidup Sara di sana yang suka berjoli dan bergaul bebas. Sara juga perlu bekerja di syarikat milik Dato’ Mustafa jika dia mahu mendapatkan wang untuk berbelanja dan membantu Zalikha, adiknya yang telah bertungkus lumus menguruskan syarikat selama ketiadaan Sara.

Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Nazim tidaklah membenci Sara, namun setelah Sara cuba merosakkan kebahagiaan rumah tangga sepupunya Suraya, Nazim perlu bertindak lebih keras hanya untuk menyedarkan Sara. Fikri merupakan bekas teman lelaki Sara sebelum ke luar negara.

Tanpa diketahui Sara, Fikri hanya mahu menggunakan Sara bagi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaaanya. Meskipun serangan Nazim boleh dianggap kasar, namun dia cuma mahu menyedarkan Sara bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul dan keterlaluan.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara?


akonan Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Beego, Azri Iskandar, Zarina Zainoordin dan Shah Iskandar. Terbitan Layar Consult Sdn Bhd, arahan Ahmad Khalid dan skrip Rina Khan.

***slot Zehra setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3 dan juga tonton.com.my.

Credit to sini

***CERITA NIE DAH HAMPIR NAK ABIS PUN..
aku baru sempat nak update hehehe
sebabnya cerita nie banyak pengajaran..
aku terkesan di hati dengan drama nie
sebab banyak maksud tersirat yang cuba di sampaikannya.
JANGAN LUPA MENONTON...TGK on9 pun okay.
selamat menonton :)

nota : lagu ost dia pun best layannnn...

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^