Slot Dramady: YES BOSS!
February 15, 2014
Drama Adaptasi Novel Yes, Boss akan datang di slot Dramady
TV3
Hai, sebuah lagi drama adaptasi novel Yes, Boss karya Areila
Sahimi akan ditayangkan di TV3 (2014). Pelakon Emma Maembong akan digandingkan
bersama Fahrin Ahmad menerusi drama tersebut yang diarahkan oleh Emi Sufian
manakala skrip oleh Mufid Suhaimi.
Sinopsis Yes, Boss :
menceritakan seorang gadis yang bernama Aryana yang bekerja
sebagai pembantu peribadi kepada lelaki yang amat menjengkelkan, perasan bagus,
poyo dan kacak. Ilham (lelaki yang dimaksudkan tadi) memang tidak suka dengan
Aryana sebab gadis itu baginya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu
perbadinya kerana Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan badan
ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana bekerja di syarikat ayah
kepada Ilham, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar dan bersabar.
Setiap arahan yang diberikan untuk Aryana oleh Ilham wajib
jawab “Yes, Boss!”. Ilham perlukan Aryana untuk tolong ‘cover line’ bila dia
tiada di pejabat nanti dan tolong pastikan semua ‘date’ Ilham bersama dengan
teman-teman wanitanya. Maklumlah, playboy. Ilham memang selalu lupa dengan temu
janjinya dengan teman wanitanya yang mana satu dia patut keluar.
Setelah sekian lama berkhidmat sebagai pembantu peribadi
Ilham, tak sedar pula dia yang dia memang dah lama syok dekat Ilham tapi tak
nak mengaku. Jadi, dia pendamkan sahaja perasaannya terhadap Ilham. Hati Aryana
juga sering terluka akibat perangai playboy Ilham tu sebab Ilham kan ada banyak
teman wanita, mestilah cemburu.
Umur semakin meningkat dan semakin tua, Ilham sudah insaf
dengan perangainya ‘playboy’nya dan mahu mencari cinta sejati. Kemunculan
Mellina membuatkan hati Ilham terpaut pada gadis yang boleh tahan juga
seksinya. Ilham menyuruh Aryana untuk pergi berjumpa dengan Mellina dan melamar
Mellina untuk dijadikan kekasih Ilham. Aryana akur walaupun hatinya keberatan
dengan suruhan Ilham itu. Hasil lamarannya itu berjaya, Mellina setuju.
Sekian lama Ilham dan Mellina menjadi bertunang, Aryana dan
Harun (driver Ilham) sudah lama tidak meluangkan masa bersama dengan Ilham
sebagai kawan melainkan pekerja Ilham. Jeffry (musuh perniagaan syarikat Dato’
Maarof dan Ilham) mencuba nasib untuk memikat Aryana atas pelan yang diciptanya
dengan Mellina untuk menjatuhkan perniagaan syarikat Dato’ Maarof tetapi gagal
kerana Aryana dapat menghidu sesuatu bahawa Jeffry mempunyai niat tidak baik
terhadap dirinya.
Selepas itu, Aryana dan Harun telah mengetahui kebenaran
tentang pelan-pelan yang telah dirancang oleh Jeffry dan Mellina. Mellina
sengaja memikat Ilham untuk dapatkan maklumat mengenai tender syarikat Dato’
Maarof. Ilham tidak percaya terhadap Aryana dan Harun dan lebih menuduh
macam-macam terhadap mereka berdua. Aryana berhenti berkhidmat di syarikat
Dato’ Maarof akibat kejadian itu dan mengambil keputusan untuk balik ke kampung
opahnya.Udin (tauke kolam ikan keli dan rakan sekampung Aryana), menagih cinta
Aryana selepas Aryana balik kampung.
Udin masih ingat lagi bahawa Aryana mencabarnya untuk
menjadi seorang yang berjaya. Ganjarannya ialah Aryana akan dapat menerima
cintanya selepas Udin berjaya menyahut cabarannya tapi Aryana buat tidak peduli
je sebab Rahila (sahabat Aryana) sudah lama syok dekat Udin. Ketiadaan Aryana
membuatkan hati Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada
seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Rupa-rupanya dia merindui
gadis itu dan dia yakin bahawa dia sudah jatuh hati terhadap Aryana.
Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi
untuk memujuk Aryana bekerja sebagai pembantu peribadinya balik. Dengan berat
hati Aryana setuju sahaja setelah opahnya memujuk Aryana . Banyak cabaran yang
Ilham tempuhi untuk merebut sekeping hati Aryana. Terutama sekali Udin,
saingannya. Ilham berterus terang dengan Aryana tentang isi hatinya, dia
melamar Aryana untuk jadi isterinya. Akhirnya, Aryana pun terima.Selepas
kahwin, Aryana dan Ilham dianugerahkan anak lelaki yang namanya Adib. Adib ni lebih
kurang juga perangainya macam Ilham, playboy. Walauapapun yang terjadi, mereka
sekeluarga hidup bahagia.
Jangan lupa saksikan drama terbitan Zeel Production ini di
TV3. Ditayangkan di slot baru iaitu Dramady. Drama
bergenre komedi romantik ini akan bermula pada 15 Februari 2014.(ptg nie tau)
kredit to : sini
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^