//]]>

PERSIAPAN PERSEKOLAH ANAK-ANAK UNTUK TAHUN 2020

January 01, 2020



Tahun  #2020 bermula lah episod baru persekolahan anak-anak aku. Kalau tahun lepas aku cuma buat persiapan untuk kaisara sahaja. Tahun ini perbelanjaan kewangan kena bertambah sebab kaliff dah naik tahun 1 . Cepat betul masa berlalu! sebenarnya aku nak sediakan entry ini masa bulan disember 2019 lagi. tapi tak sempat rupanya haha. so, aku simpan sini sedikit coretan persiapan persekolahan anak-anak aku bagi tahun #2020. Anak aku dua-dua orang dah masuk sekolah Rendah. yeahhh... diaorang dah besar!

Persiapan Persekolah : BAJU SEKOLAH
Tahun ini aku buat persiapan persokalahan anak-anak awal sedikit, memandangkan keadaan kesihatan aku yang semakin sarat. Jadi aku mula beli barang sedikit demi sedikit. nak beli sekaligus akulah pulak tak mampu nak jalan lama-lama...hahaha. Kaki dah mula sakit2. Alhamdulillah tahun ini Kaisara dilantik menjadi Pengawas sekolah. Makanya perbelanjaan untuk persiapan kelengkapan sekolah dia bertambah lah sikit. kebetulan pula tahun ini sekolah dia nak tukar uniform Pengawas dari baju kurung biasa kepada baju kemeja ( perempuan), pakai skirt senyum dan Vest...ada plak EXTRA kena beli Blazer sendiri. Fuhh mahal juga tu huhuhu.




Untuk adik #kaliff semua kena beli baru, dari baju sekolah, beg, kasut sekolah, kasut sukan dan baju sukan. almaklumlah baru kali pertama nak masuk alam persekolah (Sekolah Rendah). peruntukan aku dekat diaorang mencecah RM250 juga seorang, itu belum masuk lagi baju kelas KAFA. 

Persiapan Persekolahan : BUKU SEKOLAH
Untuk part buku sekolah pula. tahun ini aku tengok perbelanjaan lebih sedikit berbanding tahun lepas untuk Kaisara. Tapi tak pe lah sebab senarai buku dan Yuran yang perlu di bayar dah diedarkan sebelum cuti sekolah. makanya pada aku sempatlah makayah nak buat bajet persediaan buku persekolahan anak-anak. Kalau macam zaman kita dulu-dulu time jualan buku di sekolah baru tahu kan berapa nak kena beli...boleh susah hati lah juga takut kewangan tak mencukupi hehe. Tahun ini Kakak Kaisara Darjah 3 dan kaliff Darjah 1. Total diaorang dua beradik untuk buku sekolah RM300. 

Macam sekolah anak aku kebiasaanya jualan buku dibuat 2 hari sebelum sekolah dibuka. iaitu pada 30 dan 31 Disember 2019. Memang setiap tahun macam itu. aku pun tak pasti kenapa lewat sangat, kalau pada aku mak-mak yang bekerja, aku suka kalau jualan buku di buat lebih awal. sempatlah mak-mak yang bekerja nak prepared tulis nama dan balut segala buku yang dapat tu AWAL-AWAL hehehe. Bila last minit ni..fuhhh macam lipas kudung jugalah aku nak siapkan untuk diaorang dua beradik semalam.



Persiapan Persekolahan : Tempah Stiker NAMA
Tahun ini First time aku tempah stiker nama untuk anak-anak AKU. BUKAN malas tau. tapi Seriusly tulisan aku sebenarnya tak cantikk! (hahaha). Rezeki plak ada kawan yang sediakan servis stiker nama murah-murah aje. Jadi untuk tahun #2020 aku tempah stiker nama untuk Kaisara dan kaliff. Harga? Murah jer 100 PCS RM10.00 untuk sticker nama CLEAR... aku selitkan sekali stiker nama kelas.So mudah tempek aje...hehehe

100PCS tu macam banyak kan. Tapi tak ape kalau tak abis pakai tahun ini boleh Carry Forward ke tahun hadapan so tak membazir okay! 



OK. Sekian Coretan saya untuk Hari ini. Hope esok hari Pertama Persekolahan Kaliff dapat sesuaikan diri dengan keadaan di Sekolah Rendah. InsyaALLah aku akan ambik peluang 2 hari ini untuk melawat dia waktu REHAT nanti. sebab anak aku kaliff memang tak pernah pegang duit untuk membeli lagi. Agaknya macam manalah dia nak mula berbelanja hahaha. 

Aku dah mula bagi pesanan-pesanan PENAJA dekat kaliff sambil di dengari kakaknya hahaha. Makmak memang macam ini. Tipu lah kalau ko tak risaukan anak-anak yang baru nak mengenal ALAM PERSEKOLAHAN. Perasaan Bimbang itu mesti ada... 


Makmak zaman #2020



You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^