//]]>

SISTEM SAPS IBU BAPA

November 09, 2017

Hasil carian imej untuk semak keputusan peperiksaan

APA ITU SAPS IBU BAPA?

SAPS IBU BAPA adalah satu laman web rasmi untuk semakan keputusan peperiksaan anak-anak yang bersekolah di sekolah-sekolah dalam malaysia  di bawah kementerian pelajaran Malaysia.

Semakan keputusan peperiksaan secara online melalui SAPS Ibu Bapa ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah (darjah 1-6) dan pelajar sekolah menengah (tingkatan 1-5) dan sistem ini membolehkan kita untuk menyemak keputusan peperiksaan termasuk ujian penilaian, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, percubaan peperiksaan awam, kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka hanya memasuki laman web ini.

DEKAT MANA NAK SEMAK

Hasil carian imej untuk analisa keputusan ujian & peperiksaan bagi tahun 2017
CONTOH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


Okay, Bagi yang belum , tahu mesti korang tertanya-tanya dekat mana nak semak kan? Mudah sahaja korang boleh klik SINI 

kalau korang nak tahu di zaman yang serba canggih nie semuanya hanya di hujung jari sahaja. kalau dulu-dulu time aku sekolah nak semak keputusan peperiksaan mesti ada satu hari khas yang mana ibu & bapa kena hadir untuk sain report kad. haa,.. KORANG INGAT TAK?Hehehe (itu zaman aku la 90 an gituu)

Jadi sekarang lebih mudah bukan. IBUBAPA dengan mudah boleh sahaja semak Markah anak-anak, prestasi akedemik . Contoh keputusan peperiksaan seperti gambar di atas.


SAPS NKRA

SAPS NKRA - Semakan Ibu Bapa merupakan satu sistem menyimpan data pelajar yang diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiddin Yassin sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri Malaysia. Sistem SAPS NKRA telah dicipta bagi meluaskan akses kepada mutu pendidikan yang lebih baik dan bersistematik.

SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan  Sekolah. Manakala NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

CARA SEMAK SAPS IBU BAPA



1. Taip “SAPS” di google search  
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SAPS IBU BAPA

Sebenarnya setiap sistem yang di bagunkan pasti ada kelebihan dan juga kekurangannya. Ini dari pemerhatian aku kelebihan dan kebaikan sistem SAPS IBU BAPA pasti ada. Contohnya seperti di bawah

1. IBU BAPA dapat Memantau & memastikan prestasi anak-anak dalam keadaan baik
Ibu bapa boleh mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak dengan menyemak markah peperiksaan anak-anak di rumah tanpa perlu ke sekolah dan berjumpa guru ( jimat masa ). Ibu bapa juga tak perlu tunggu anak-anak nak bawa balik keputusan.

2. Analisa Prestasi anak masing-masing
IBU BAPA lebih mudah untuk mengenalpasti akan prestasi anak-anak mereka. Namun penelitian yang kerap terhadap markah mereka adalah suatu cara yang berkesan untuk mengetahui tingkah laku murid tersebut. 

3. Boleh mengenalpasti subjek-subjek yang perlu di beri perhatian
setiap markah yang di pamerkan boleh di lihat oleh ibu bapa sama ada ujian bulanan mahupun peperiksaan, Oleh itu pastilah ibu bapa mengetahui subjek mana-mana yang perlukan perhatian lebih. Dengan itu bukan sahaja guru-guru yang perlu mengambil inisiatif tetapi ibu bapa juga boleh berusaha memberi perhatian pada subjek-subjek tertentu yang memerlukan kelas tambahan mahupun ulangkaji di rumah dengan lebih kerap.

SEBAB PERLU GUNA WEBSITU SAPS IBU BAPA

Jadi di sini aku syorkan kepada semua ibu bapa untuk mengakses ke website http://sapsibubapa.co/ untuk membuat sebarang semakkan berkaitan keputusan peperiksaan anak-anak anda. 

adalah digalakan untuk "bookmark"  website ini agar dapat memudahkan urusan memantau keputusan peperiksaan anak-anak kita di masa akan datang. Insyallah tahun depan aku pun akan guna website ini juga. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua pihak. 




You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Semuanya di hujung jari.
    Dh brape hari try nk login website ni.. Maybe rmai y msk website ni..tu asyik loading je..

    ReplyDelete
  2. bagusnya memudahkan ibu bapa tapi cikgu la banyak keje nak keyin pulak hehehhe

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^