Logo KBBA

SKIM PERUBATAN MADANI

September 11, 2023

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI telah dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Kota Setar dan Kuala Muda (Kedah) serta Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu). Berikut adalah lokasi klinik swasta yang menawarkan program Skim Perubatan MADANI:

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI seterusnya akan dilaksanakan bermula pada minggu ke-4 bulan Ogos 2023, di mana 7 daerah telah dipilih iaitu Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis.

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut


Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
  • Imunisasi rutin
  • Saringan kesihatan
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen
Untuk semakan kelayakan Skim Perubatan Madani - Klik SINI 

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^