Logo KBBA

PKP 2.0 PERLIS

January 25, 2021

Selama Pagi,

Perlis mula hilang status hijau selepas memasuki hari ke 5 PKP 2.0, walaupun Perlis dalam tempoh PKPP. gelombang penyebaran covid19 yang berlaku baru-baru ini amat memberi kesan yang tidak baik terhadap negeri Perlis. Aku sahaja lah nak ulas sikit perihal Covid 19 di perlis ini di sebabkan aku pun duduk di sini kan . 

Dari apa yang aku tengok dan Follow kebanyakan kes di Perlis , adalah di sebabkan kes Import B dan Jangkitan Kontak Rapat. Sudah menjadi kebiasaan bila hujung tahun je masing-masing pulang ke kampung, mula bercuti dan jalan-jalan makan angin. Dengan kebenaran merentas negeri yang diberikan itu maka terhasilah peningkatan kes yang saban hari semakin meningkat pada keseluruhan negeri di Malaysia. Hal ini sangat membinbangkan. Kes-kes jangkitan tempat kerja pun semakin banyak. Apakah kita sudah lupa untuk mengamalkan SOP yang sepatutnya? 

Nak salahkan semua orang pun tak boleh juga. semuanya atas individu masing-masing. ayuhh sedarlah..#kitajagakita...Tingkatkan SOP agar kita dapat mengurangkan peningkatan kes. Hari ini perlis dah pun memasuki hari ke-4 PKP selepas di umumkan pada minggu yang lalu kerana peningkatan kes setiap hari...

PKP 2.0 di Perlis telah di laksanakan bermula 21 Januari 2021 sehingga 04 Feb 2021.

Oleh itu, pesanan aku untuk semua walau ke mana pun kita semasa di luar patuhi SOP :

  • Pakai Mask di tempat awam
  • Kebersihan tangan sentiasa dijaga
  • Jaga Jarak Fizikal
  • Jauhi tempat sesak
  • Tiada urusan pilih untuk duduk di rumah
  • My sejahtera jangan lupa update
Sama-samalah kita doakan agar penularan covid19 berjaya di hentikan

SOP PKP (kemaskini 23.01.2021)






You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Saya ada saudara-saudari kat Perlis.. Harap PKP tidak akan berlanjut.. Kesian semua

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^