PKP 2.0: 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021

January 13, 2021



Kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari 2021 melibatkan tiga (3) peringkat pelaksanaan seperti berikut:-

i) PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah;

ii) PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; dan

iii) PKP Pemulihan (PKP-P) bagi negeri Perlis dan Sarawak.

Apa yang berbeza kali ini?

- Perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan, termasuk di negeri yang diletakkan di bawah PKPP

- Perjalanan rentas daerah di negeri-negeri di bawah PKP 2.0 juga tidak akan dibenarkan bermula tengah malam ini.

- Untuk kawasan di bawah PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan dilarang, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan kapasiti separuh tempat acara.

#kitajagakita #staysafe 

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^