DIY RAK "INDOOR PLANTS" ALA-ALA IKEA

June 08, 2020

DIY RAK POKOK INDOOR ALA-ALA IKEA


Baru - baru ini timbul pula minat baru nak buat "indoor plants" lepas join beberapa group di FB. Pada asalnya nak cari idea untuk home decor je. Biasalah bila usia makin meningkat ni rasanya tempat paling Best Ofcoz lah di rumah. 

Dalam tengah mencari idea tu terjumpa pula group yang share pokok-pokok indoor yang sesuai di tanam di dalam rumah...dan kelebihan-kelebihan pokok indoor ni. Aku pun mula lah suarakan dekat encik husband minta dia buatkan rak indoor satu untuk aku hahaha. Gunakan kelebihan yang ada almaklumlah husband aku si tukang besi hehehe. Tak sangka pula sepantas kilat esoknya siap dia bawa balik hahaha (makin berkobar lakk rasa nk mencari pokok indoor).

Rak dah siap proses nak polish BG licin

En.husband aku DIY Jer rak ni berdasarkan sample dalam shopee. Anggaran tinggi dan lebar dia yang decide aku tunjuk gambar jer hehe. 

Kalau boleh nak minimize jer..tak nak lah nampak penuh dan berserabut pulak sebab nak letak dekat ruang tamu kan...

Proses Cat, en.husband guna Spray je

Saiz yang lebih kurang rak leberg Ikea je..Buat 5 tingkat dan Boleh letak 6 pasu termasuk bahagian bawah sekali . Kekonon Nak bagi nampak ala-ala Ikea, jadi kitaorang make up dengan colour putih...

wahhh aku teruja betul rupa parasnya bila dah siap . Nampak  Macam dalam katalog shopee tu sebiji . Tapi material lainlah en.husband aku pakai besi tebal sikit JD agak berat dan xmudah terbalik.

Taraaaaa beginilah rupa rak indoor plants aku 😍


Siap dengan pokoknya😊


Thanks you encik.husband ☺️✌️

You Might Also Like

9 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^