//]]>

HARI PERTAMA PERSEKOLAH 2019

January 02, 2019

Hai Korang...



Hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2019. Jalan dah mulai sibuk pagi-pagi. Macam aku tahun ini dua-dua beradik dah bersekolah. Walaupun adik masih di Tadika tetapi perbelanjaan persekolahan diaorang terasa lah juga hehe. Entry kali ini khas untuk aku story tentang cerita persekolahan mereka.

Untuk Tahun ini, kaisara continue belajar di sekolah yang sama cuma untuk tahun ini aku dah mula kena fikirkan kelas KAFA yang perlu dia hadirkan diri nanti. macam tahun lepas di sebabkan baru Tahun 1 aku memang minta excuse dekat Guru Besar untuk Kaisara tidak hadir lagi kelas KAFA sebab? sebab utamanya memang tak ada orang nak uruskan dia time Tengah Hari itu. Yelah aku kan Bekerja...agak sukar juga nak ulang alik hantar dan ambik dia. 

Okay ini pengalaman aku masa handle Kaisara Tahun Satu Tahun lepas.  Aku kongsikan sedikit untuk korang....Korang rasa macam aku tak? Aku memula rasa macam dia terlalu kecil untuk dia uruskan time yang agak padat bila terikat dengan waktu persekolah.  Kesian weh! Baru Tahun satu masa diaorang dekat sekolah dari Jam 7.30 Pagi hingga Jam 5.30 Petang dah sama macam time kita bekerja huhuhu. Agaknya bila masa yang ada untuk berehat?Pastu Quality time dengan family macam mana pula? Yelah Aku kan bekerja jumpa anak pun dah nak malam time makan...itupun kalau diaorang tak keletihan..bila ada hari yang agak letih malam-malam kul 9 dah tertido...Kadang tak sempat nak makan malam bersama. Makanya Masa Kaisara Tahun 1 tu aku memang letakkan dia dekat Kelas Transit yang boleh bagi dia Makan, Mandi , Mengaji IQRA dan Lastly boleh tido sekejap sementara menanti aku pick up time balik kerja. So cabaran aku next untuk tahun ini #2019 aku rasa adalah Kelas KAFA sebelah petang pulak..Serius aku nebess weh! Macam manalah anak aku nanti. Boleh Follow ke Tidak...?



Untuk Kaliff pula tahun ini aku dengan Mr.Husband memang dah sepakat nak Hantar dia masuk Tadika KEMAS. Aku memang segaja tak pilih untuk ke PRASEKOLAH . Biarlah dia rasa alam persekolah sebenar masa Tahun Satu nanti ( tahun depan ). Jadi tahun ini aku daftrakan kaliff dekat jer dengan Pejabat aku untuk mudahkan aku Transit dia bersama-sama Kaisara nanti. Ya Allah...Ya Tuhanku Permudahkanlah Urusan Persekolahan kedua-dua anakku. 

Alhamdulillah pagi tadi masa hantar kaliff langsung tak meragam walaupun muka dah tak manis hahaha...Mugkin dah makin cerdik kot kalau bandingkan tahun lepas masa dia Lima Tahun belajar dekat Tadika Perpaduan dekat 4 Bulan juga dia meragam fuhhh paling lama...sampai tahap aku pun tak mampu handle pagi-pagi..aku pass dekat Mr.Husband. Thank You PaPa Layankan kerenah Adik #kaliff yang sangat manja itu kahkahkah...

Untuk tahun ini aku doakan yang terbaik buat mak ayah di luar sana. Semoga di permudahkan urusan persekolahan anak-anak kita. Setiap Orang ada Cabarannya dalam membesarkan anak-anak. Setiap yang kita lalui adalah satu pengalaman  yang beharga buat kita. So, Gud Luck Untuk semua yeahhh....

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. hehe amboi dikecik tu.. semangat tu siap peace =D

    ReplyDelete
  2. amiin.. good luck buat semua parent yang hantar anak ke sekolah tahun ni..

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan urusan ya anak2!

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^