Logo KBBA

REVIEW : PETAL VELVET SUNAWAY & PETAL VELVET POWDER BY ALTHEA

December 03, 2018



Foto Farah Wahida.

Hai korang...
Sebenarnya aku dah lama nak share tentang  SUNAWAY & PETAL VELVET POWDER BY ALTHEA ini. New SunScreen untuk melindungin kulit muka dari sinaran UV matahari dan Bedak Powder yang sangat Awesome! Di tampilkan dengan 3 Code warna yang sangat sesuai untuk Wanita Asia gitew. 

Apa itu sunscreen?
Sunscreen, sunblock atau pelindung matahari merupakan suatu losyen, krim, semburan atau gel yang memantulkan sinaran dan radiasi suria yang boleh membahayakan.

Bagaimana sunscreen berfungsi?
Kebiasaannya, losyen pelindung matahari ini mengandungi bahan kimia tidak organik seperti zink oksida atau titanium oksida yang akan memantulkan radiasi ultra ungu (UV). Selain itu, bahan organik dalam sunscreen seperti oxybenzone boleh menyerap sinaran UV ini kemudian melesapkan sinaran itu sebagai haba. Maka, sinaran berbahaya itu tidak akan sempat sampai ke kulit anda.
Untuk memahami dengan lebih mudah, anda boleh anggap sunscreen ini sebagai cat warna putih di dinding rumah. Ia membantu untuk memantulkan cahaya dan mengelakkan penyerapan haba. Senang kan.

SUNBLOCK
Ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari UVB. UVB adalah sinaran yang tidak dapat menembusi lapisan kulit kita. Ia hanya dapat melindungi lapisan luar kulit sahaja. Jadi kulit kita akan mudah terbakar. UV B merujuk kepada 'Burning' iaitu terbakar atau sunburn.

SUNSCREEN
Manakala, untuk sunscreen pula ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UVA. Ini kerana UVA adalah sinaran yang dapat menembusi lapisan kulit. Jadi, UV A merujuk kepada 'Aging' (penuaan), maka kulit akan mudah berkedut, tua, kusam dan terjadi jua beberapa masalah kulit lain.

Sempena ulang tahun ke 3 Althea pada tahun ini, Althea Korea mengeluarkan Petal Velvet Powder Limited Edition iaitu versi # Pink Lavender. Dengan formula khas yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu mampu mencerahkan dan melincinkan kulit wajah agar kulit tidak kusam. Serbuk-serbuk halus terdapat dalam Petal Velvet Pink Lavender ini mampu membantu mengekalkan sebum tanpa mengeringkan kulit agar kulit sentiasa segar. Manakala bau dari Lavender cukup menenangkan diri agar diri rasa sentiasa positif.

Foto Farah Wahida.


Althea Petal Velvet Sunaway diperbuat daripada :-

  • Ekstrak Damask Rose - membantu lembutkan, melembapkan kulit dan mengurangkan iritasi kulit.
  • Hyaluronic Acid - memberi kelembapan pada kulit wajah
  • Geranium Oil - sangat bagus mengurangkan jerawat serta mencerahkan kulit wajah
  • Pholypenols - membantu melindungi kulit dari sinar UV yang bahaya
  • Saponarin - merawat dan memulihkan kulit yang rosak serta menjadikan kulit lebih elastik


Antara kegunaan bagi Althea Petal Velvet Powder adalah :-
  • #0 Translucent - Sesuai disapu pada bahagian bawah mata dan boleh dijadikan setting mekaup bagi meresap minyak pada wajah
  • #23 Warm Beige - Sesuai digunakan pada seluruh wajah bagi samakan tone kulit atau kemasan selepas makeup dan sesuai juga touch up ketika muka berminyak
  • Pink Lavender - Sesuai dijadikan base eyeshadow agar eyeshadow mampu bertahan lebih lama dan juga sesuai menyerap lebihan minyak serta final touch makeup
Foto Farah Wahida.
code Pink Lavender


Foto Farah Wahida.
Code Translucent

Foto Farah Wahida.
Code warm Beige

Harga untuk Althea Petal Velvet Powder ni cukup murah dan mampu milik oleh semua wanita. Dengan bekas yang cukup comel dan muat ke dalam bag tangan wanita. Bagi Althea Petal Velvet Powder #0 Translucent dan #23 Warm Beige harga hanya RM16.00 dan boleh beli https://my.althea.kr/petal-velvet-powder manakala bagi Pink Lavender pula RM17.00 boleh juga beli di https://my.althea.kr/petal-velvet-powder-pink-lavender

Bagi pembelian Althea Petal Velvet Sunaway akan dapat diskaun sebanyak 10% diskaun manakala 20% diskaun untuk set Petal Velvet (PV Sunaway & PV Powder). Jom dapatkan sekarang di website Althea Korea.


REVIEW SENDIRI :
Baru-baru ini aku kan ke Pulau Langkawi..tahu sahaja lah Cuaca di sana kan dekat dengan Pantai...Panas weh! Alhamdulillah Sunaway berjaya melindungi kulit muka aku dari terbakar teruk hehe. sebab aku kan join Island Hoping , Cuaca dekat Pulau Beras basah itu memang panas sangat..Jadi awal-awal aku memang Plan nak bawa Sunaway by Althea nie pakai sepanjang aku di sana...lepas apply Sunaway dekat muka pakai Patel Velvet Code Translucent jer. aku memang tak pakai FD lain dah...sebab risau kulit terbakar...hehe. Memang best guna SUNAWAY Sunscreen dari althea ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Harga:  -
☃ Petal Velvet Sunaway (55ml) - RM 43
☃ Petal Velvet Powder (3g) [#0 Translucent | #23 Warm beige] - RM 16 Each
☃ Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g) - RM 17
☃ Petal Velvet Set [ 1 Petal Velvet Sunaway + 1 Petal Velvet Powder (can choose) ] - RM 53.10

Thank You to
 #altheaangels


You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Ohh.. Althea pun ade produk ni ea... menarik ni... baru tau..

    ReplyDelete
  2. Produk ni memang sesuai dengan cuaca kat Malaysia kan...

    ReplyDelete
  3. cam best je, lanie dok guna biore or banana boat..

    ReplyDelete
  4. sunblock paling best pernah pakai..ehhee

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^